Thursday, 19 November 2015

Aku..Masa.. Dan Kerjaya..

Holla..holla..

Peghhh..berhabuk blog ni..setelah sekian lama tak update..

Setelah setahun 2 tahun akhirnya ku kembali..aceceh..hehe

Nak buat macam mana sibuk sangat..lain yang di plan lain yang jadi..hehe..

Bukan nak kata la..banyak post yang lia dah simpan as draft tapi sampai sekarang tak ada masa lagi nak edit..al maklumlah bila dh balik rumah penat..laptop pun malas nak hadap..( korang faham kan apa yang ku rasakan ini..hehe)

Dah alang-alang update ni nak bagitau yang sekarang lia sudah berada di semester 5 master..yuhuuu..punya la lama tak habis-habis lagi belajar..sabaq nok sabaq..2 semesters to go..kadang bila fikir balik..lia ni memang bengap tahap cipan bab-bab mengira..nombor..orang melayu panggil bebal..hehe..tapi kadang tu tak sangka..bukan tak sangka apa..tak sangka yang lia akan abiskan master lia dalam kewangan..mungkin orang tengok memang tak masuk akal.."kau kerja bidang lain, belajar bidang lain..nak jadi apa ni?ish..ish..

Sabaq..again sabaq..ok let me explain my plan..macam ni la senang cerita..kita ni perempuan dan semestinya ada impian akan ada family, berkahwin dan beranak pinak..kenapa finance?apa kena mengena dengan kisah kawin ni..omo~ konpius mak..

Macam ni nak..lia ingat bila dah ada family mungkin lia tak nak dah kerja makan gaji..of course keluarga akan diutamakan..lia plan akan memohon mengajar secara part time, buat paper research, financial and operations consultant dan mungkin akan juga buka cafe..so i'll have my own time to work to spend my time with my family.

Sekarang ni seram sejuk dengan macam-macam kes kanak-kanak..culik la, jatuh eskalator la..macam-macam..so i decided to do everything as part time since bakal suami insyAllah boleh menangung "kata dia la"hehe..tak pe doakan yang terbaik..inshAllah Allah akan permudahkan semuanya..aamiin..

Since now lia dah dapat kerja di tempat yang agak dekat dengan rumah dan tempat belajar syukur sangat alhamdulillah..betul kata orang..kalau kita terniat sesuatu yang baik pasti Allah itu akan bantu dan permudahkan.

Nak dijadikan cerita, company yang lia kerja sekarang dah dua kali lia pergi interview..pertama masa setahun yang lepas..dan lepas lia nyatakan hasrat lia nak berkerja dekat area rumah pada housemate beberapa bulan lepas, maka nak dijadikan rezeki sekali lagi lia dipanggil interview dan diterima berkerja dengan kerja yang selama ini lia impikan..Alhamdulillah ya Allah..Allah maha mengetahui segala sesuatu atas alasan apa lia nak berpindah kerja ketika itu biarlah menjadi rahsia..cuma nak bagitau..Allah tu maha mengetahui..jika niat kita itu baik untuk sesuatu, Allah sentiasa akan berikan jalan untuk kita, dan lia percaya aturan Allah itu sangat sempurna, sentiasa tepat pada masanya alhamdulillah..

Itu la serba sedikit mengenai apa yang berlaku sepanjang dua tahun yang kritikal lia di kotaraya Kuala Lumpur..ok sebelum mata nak berlabuh badan hendak direhatkan..apa yang lia nak janjikan disini adalah..lia akan cuba sehabis baik untuk update blog ni sekerap yang mungkin..dan yang paling penting banyak resepi yang lia nak kongsikan..dan topik-topik sharing is caring yang terbaik especially "how to manage your financial" dan "how to cook at home" antara kerjaya dan masa : how to cook a delicious homecook food at the shortest time..ni memang ramai wanita diluar sana kena belajar..especially yang bujang dan akan berumah tangga..korang jangan bagi alasan..no saya berkerja tak de masa nak masak untuk suami..no no..lepas ni.,anda kena ada masa..because you just need to learn the basic how to cook fast then you know how to manage your life..ok anak-anak sekalian..

Ok la jam dah menunjukkan jam 2.09 pagi..mata pun dah kuyup gara-gara ubat ( semalam demam..huhu~) so marilah kita melayari bahtera ayaq liuq basi dan berdengkoq..jumpa lagi dalam pos akan datang..sayonara readers..Assalammualaikum


Tuesday, 22 September 2015

Cantik : Satu Keperluan atau Satu Pilihan?

Assalamualaikum para readers..

setelah lama tidak menghapdate disebabkan kesibukan kebelakangan ini..lia tiba2 teringat nak update tentang "Cantik dan Kecantikan : Adakah ianya satu keperluan atau satu pilihan"

bukan apa lately ini banyak orang menbahaskan mengenai cantik dan kecantikan ni..

ramai yang sanggup berhabis demi menjadi cantik..

tak kira lagi yang berani mati amik suntikan botox n bla..bla..

nak kurafat sikit ada yang berani pakai susuk..nauzubillah mintak dijauhkan..

wlaupun cantik ni perkara yang subjektif dan agak sensitif bagi sesetengah wanita namun persoalan di sini adakah ianya satu keperluan atau satu pilihan...??

sebelum lia menjawab persoalan itu, elok la lia bagi sikit pandangan lia mengenai cantik ini

pandangan lia tentang kecantikan..

Yang Terbaik!!!

1) menjadi cantik mampu meningkatkan keyakinan diri..

Yang tak berapa nak baik dan maybe even worst...!!

1) menjadi cantik banyak menghabiskan duit.. .nak beli make up etc...etc..(sape tak setuju turun tangan..hehe)
2) anda perlu spend lots of time depan cermin..(yup..sgt stuju..even lia pun mengalami dan buat perkara yang sama)
3) bila make up cair..even worst..menyampah betul...
4) nak solat memang tak payah cerita la..korang pun tau kan memang air sembahyang tak melalui kulit dengan jayanya..jadi that is why sometime i don't like make up..kadang-kadang sangat menyusahkan..
5) nak kena sokmo touch up..tak kuasa den..haha


haha..ni just pandangan lia je..memang lia akui dulu zaman-zaman muda remaja..gila betul nak make up..berhabis duit macam anak orang kaya beli make up bagai..tapi bila dah meningkat umur..kegiatan itu dikirakan sangat la malas hendak dijalankan..hehe..kadang-kadang time bosan kat bilik ada la kot jadikan roomate mangsa untuk dimake upkan..hehe..kalau tak memang muka sendiri la jadi "kanvas" lukisan yang bakal diwarnai nanti..hehe

sekarang ni lia bila time tertentu je lia make up..antara timenya...

1) bila rase teringin nak make up..tak kiralah diluar mahupun di dalam rumah..(lepas tu orang dalam rumah kata "ko buang tebiat ke apa make up dalam umah") hehe..
2) bila ada event-event yang tertentu..cth dinner ke, majlis kawin ke, raya ke..etc..etc..
3) bila interview..(hok ni wajib sikit..tak kan nak bagi muka sememeh pulak g interview..hehe)
4) kalau g keje 2 basic make up je..bedak, eyebrow sikit dan lip gloss..dah jalan...


as a conclusion apa yang lia boleh concludekan..

cantik dan menjadi cantik ni suatu perkara yang subjektif bagi sesetengah orang..ada yang prefer untuk make up sebab dia rasa yakin ketika menjalani hari-harinya..lia pun akui..lain sikit rasa yakin bila kita make up dan tidak..tapi untuk setakat ini lia rasa menjadi cantik dan kecantikan itu suatu perkara yang kita boleh pilih..bila kira perlu kita gunakan teknik-teknik yang kita tau "mencontiang" muka kita..tapi bila kita tidak perlu..mungkin be original adalah pilihan yang terbaik..lia tak kata lia tak make up..lia pun make up juga..tapi mungkin tidak lagi sekerap zaman muda dulu..apa-apa pun semuanyanya terletak ditangan anda..kerana kecantikan  dan menjadi cantik adalah pilihan dan hak kita sebagai manusia..=)