Assalamualaikum u'ols
cuaca kt malaysia ni panas betul kan?
namo pon terletak di garisan khatulistiwa (cehh skema gitu)...macam terasa belajar geografi pulak..huhu~
ok la lia kali ini nak story morry about my favorite product iaitu Hada Labo..
mungkin soalan yang biasa ditanya oleh orang-orang yang tidak mengerti..
FAQ : "menatang apa la hada labo tu?"
pada yang tidak mengerti..sila bace selanjutnya ye post lia ni...
ok la nk cerita yang baru ni lia ada la beli produk ni..(terpengaruh dengan iklan)..hikhik
sebab kulit lia sangat kering dan i need moisturizer for my skin..dengan cuaca yang panas plus kerja dalam air cond..kulit extra kering kot..zzzZZZZ..
stress wooo~ bile nk pkai foundation mula la muka menunjukkan ke"sopak"kannya memandangkan kulit kering dan kekering ado yang sampai mengelupas...
before lia try hada labo ni lia ado la try Sabun Papaya yang kononnya dapat memberikan keserian kulit..tapi memandangkan kulit lia ni cap ayam..tak la sesuai nak pakai Sabun Papaya tu..pedih masa cuci muka pakai tu...nak guling-guling tahan pedih gara-gara sabun tu...
pastu akibat kulit kering yang tahap extream..lia pun berhenti pakai sabun papaya dan beralih kepada "HADAAA~LABOOOO~(kena panjang sikit sebut nama dia) hehe
seperti mana logo begitu la juga penggunaannya..perfect and simple...
for the first trial..lia try starter pack a.k.a travel pack dia...
(culik gambar ni dari blog http://embunsuchi.blogspot.com) den xsompat hah nak senap-senap gambarnya..hehe
ok ni la ropenye..kecil je..tapi sangat jimat kot...lia pakai pack ni dah almost sebulan tapi still tak habis-habis...dia berkembang quantitiy kot..haha...
memang sangat jimat sebab pakai sikit je...tapi moisturizing dia bukan main lagi..memang superb..sebab tu pakai sebulan pun tak abis-abis..walhal bukan besau mana pun travel pack ni..kecik je...
Facial Cleanser : 12g
Toner : 30g
Milk Lotion :30 g
sebab utama lia beli travel pack ni sebab nak la try dulu mane tau kot-kot tak sesuai ke dengan kulit al maklumlah ni kan produk dari jepun..kita ni kulit orang malaysia..mano la tau kot-kot jadi kulit cap buaya pulak ke lepas pakai ni..so lia pun try la yang kecik dulu..nak tengok jadi kulit manusia ke kulit boya lepas pakai ni..hehe
Tapi, for a dry skin macam lia..lia sangat suggest orang lain pakai produk ni sebab yup memang sangat moisturize and lembut je kulit bila pakai..i like when my skin soft, moisturized dan sejuk je bila pakai ni...and the most important thing..dia menyerap dengan baik dan sambil tu anda boleh dap-dapkan kulit anda lepas apply this produk for the best result..pastu nak pakai foundation ke..apa ke you can do so..dengan hati yang gembira sebab kulit mengelupas dan kering sudah tiada lagi...hehe
Cara pemakaian dia mudah saja..
First you wash your face with facial cleanser..letak sedikit pada jari then letak air sikit and buihkan (produk ni tak da la berbuih mane sebab dia no chemical) -yang dok berbuih bebelon-belon tu sebab chemical kebanyakkan..sebab tu dia softkan kulit anda..no chemical..
ok lepas buihkan slowly and gentle gosokkan pada wajah anda dan bersihkan dengan air..lia suggestkan anda guna warm water to remove oil pada muka anda..
Then gunakan Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion (yang berwarna jernih..) letakkan sedikit atas palm anda dalam dua tiga titik..dan sapukan pada muka dengan cara sapu and dap lembut pada kulit anda (ala macam iklan SK2 tu..dap-dap pada kulit..hehe)..kalau ikut cara lia lepas lia cuci muka biasanya air pada muka tu lia tak terus lap tapi lia terus sapukan lotion ni so that dia ada extra moisturizing untuk kulit anda..water plus lotion..sejuk beb...i like..hehe
Finally letakkan sedikit Super Hyaluronic Acid Hydrating Milk Lotion pada palm anda dan sapukan juga pada muka dengan cara yang sama dengan cara diatas dan jeng jeng..anda dapat hasilnya..kulit yang lembut, lembap dan segar..P/S : kepada yang kulit berminyak lia tak suggestkan anda pakai terlalu banyak Milk Lotion ni sebab dia agak berminyak dan anda ada option juga untuk tidak memakainya..
My 1 month testimony..
Keadaan kulit : 90 % moisturized
Parut : 87 % berkurang
Jerawat : 89 % not in list (tak naik langsung)
Kekeringan : 99.9 % totally out..
see..this picture without edit or make up..(sila abaikan eye bag..huhu~)
so tepuk dada tanya hati..anda boleh mencuba jika anda mahu..jika anda nak try boleh la g cari trial pack hada labo ni di watson berhampiran dengan anda dan puchase it for RM19.90 utk a month lebih..(super duper jimat)
P/S : tengah tunggu gaji masuk nak beli botoi besaq pulak lepas ni..hehe..(lambat betul gaji masuk...(-.-!)
ok la reader jumpa lagi anda di lain masa...Assalamualaikum...~~<@
No comments:
Post a Comment