APA ITU CINTA??
Cinta..satu
perkara yang sangat rumit untuk difikirkan dengan logik akal manusia. Itulah uniknya
cinta manusia tidak kira lah kepada yang Maha Pencipta, Rasulullah, ibu bapa
mahupun sesama kita manusia.
Mungkin lia
tidak punya pengalaman yang luas mengenai cinta, namun dari segi pemerhatian
orang di sekeliling banyak memberikan pengajaran dan sedikit pengalaman dalam
melayari bahtera cinta.
Kadang kala kita
manusia takut untuk memberi tetapi dalam
pada masa yang sama kita harapkan dengan penerimaan yang tidak berbelah bahagi.
Pernah kah kita begitu?
Lia bukan lah
pakar untuk memberi pengertian cinta kepada anda semua, sebab lia percaya semua
orang mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai cinta. Cinta sangat indah pada
mulanya ada juga yang berakhir dengan jayanya namun ada juga yang tenggelam di
tengah perjalanan.
Bila bercakap
tentang soal jodoh kita sering memikirkan kenapa kita ditemukan dengan orang
yang salah sebelum kita dipertemukan dengan tulang rusuk kita yang hilang
itu..jawapannya mudah, supaya kita belajar dari kesilapan dan bila kita
dipertemukan nanti. Kadang kala kita berasa sangat menyesal atas perpisahan
kita, tetapi mulai hari ini kita harus fikirkan sebaliknya dimana kita harus
berterima kasih atas pengalaman yang banyak mengajar kita untuk menjadi yang
lebih baik di masa akan datang.
Lia selalu
memikirkan, sebenarnya bagaimana jodoh ini dijumpai atau mungkin lia patut katakan
pasangan ini bertemu dan memulakan perkenalan pertama. Adakah ianya terjadi
secara semula jadi atau mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti
keluarga, rakan-rakan, persekitaran dan sebagainya. Mungkin pada orang yang
tidak lagi menemui pasangan akan memikirkan perkara yang sama seperti lia.
Tahukah anda,
bercinta boleh membuatkan kita terasa muda dan awet muda..hehe maksud lia
disini adalah bila kita bercinta, kita akan sentiasa menguntumkan senyuman yang
sangat sempurna dimana ianya dapat mengurangkan stress dan kedutan pada wajah. Selain
itu juga otak memberi ransangan yang baik kepada system dalam badan kita untuk
meransang hormone yang baik untuk kesihatan kita.
Kadang-kala
dalam percintaan ada hari kita merasakan bahagia, ada hari kita merasakan
kesakitan. Itu adalah perkara biasa yang kita akan sentiasa alami sepanjang
dalam proses ini.
vs.
yang mana satu pilihan anda?
MEMAHAMI DAN DIFAHAMI
Memahami dan
difahami..tidak sukar untuk kita menafsirkan apa yang tersirat disebalik ayat
ini. Belajar untuk memahami pasangan anda sebagai contoh jika anda seorang
lelaki fahamilah wanita tidak memerlukan wang dan harta bagi membahagiakan nya
tetapi dia mahukan PERHATIAN..ingat
wahai jejaka diluar sana..kadang-kala anda menghantar 1 message kepadanya pun
sudah memberikan kegembiraan di wajah si gadis sebagai contoh jika pagi-pagi
anda antarkan pesanan “selamat pagi sayang, have a nice day” anda tahu tak
betapa gembiranya hari gadis itu..hanya kerana 1 message..ianya mampu mengubah
seharian hari anda.
Bagi wanita
pula, lelaki perlukan ruang dan masa, lelaki paling bosan bila wanita yang kuat
mengongkong dan kuat membebel especially kalau dia terlambat masa dating
ke..hehe..give them some spare time..kadang-kadang ada masalah di tengah jalan
ke..jem ke ape ke so think positive je..hehe satu lagi lelaki ni ada satu habit
di mana kawan adalah yang terpenting bagi mereka, even kalau anda sudah
berkahwin sekalipun dia perlukan masa bersama rakan-rakan untuk sembang di
kedai mamak ke tengok bola bersama ke..mungkin mereka lebih menghargai
keflexiblity anda itu..tak caye try la..hehe..
Ok la sampai sni
je cinta part 1 lia..saje nak ngetest je sebenarnya..tp topic ni agak sukar nak
dikupas sebab cinta ni sangat subjektif..hehe ok jmpe anda di post akan datang..
Assalamualaikum..