‘Jambatan Nabi Musa’ di Belanda
Pastinya anda masih ingat kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.
Menjadikan kejadian itu sebagai ilham serta pedoman kepada seluruh umat manusia, sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan Nabi Musa’ telah dibina di Belanda.
Pada masa yang sama, jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort de Roovere yang direka oleh RO&AD Architects.
Jambatan itu dibina sedemikian kerana ingin memelihara pemandangan serta tidak mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut.
Kayu Akoya diguna sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu bertahan lama apabila direndam di dalam air jika dibandingkan dengan kayu jenis lain.
Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah pengunjung ke kubu lama berkenaan.
Selain itu, pengunjung yang hadir juga ingin merasai keunikan melalui jambatan itu apabila mereka berpeluang untuk menyentuh air di kubu tersebut.
Namun, ramai yang mempersoalkan jika berlaku hujan lebat ataupun banjir di kawasan tersebut, adakah jambatan itu mampu bertahan.
Apa kata anda berkenaan hasil binaan itu?
Oleh: HARITS ASYRAF