Assalamualaikum u’ols..
Hamboi sudah lama lia membuzykan diri
dengan kerja-kerja yang tidak pasti..
Mesti anda terfikirkan apa la kerja lia buzykan
sangat itu..
Apa lagi tidur la..hehe..baru je baik dari
demam yang panjang..adus.sakit sana..sakit sini..badan lengguh-lengguh..mulalah
nak merungut bagai..hehe..tapi tahukan kita..sebenarnya sakit ini ujian Allah
S.W.T pada kita..tandanya dia sayang pada kita..dia uji kesabaran kita..nak
tengok kita “merampus” ke tak masa kita sakit..hehe..
Ok la gara-gara cik GPS dh bawa lia
jalan-jalan Ipoh hari ini..lia dh semangat skit nak membelog..ye la dari saja
duduk guling-guling tanpa arah tuju..lebih baik menghapdate blog yang dah lama
ditinggalkan kusam ni..
Nak cerita pasal apa ni..aigoo..tadi
“kemain” lagi semangat nak menghapdate blog..sekarang dah lost tajuk..haha..ok
fine…
Pikir..pikir..sejam berlalu..2 jam
berlalu…5 jam berlalu..ok fine dah ingat…
Nak hapdate pasal my baby girl and baby
boy..lalala~
#lepas 2 semua nak buat tanggapan..bila
masa pulak lia ni kawin..tiba-tiba nak story morry tentang anak pulak..hehe
Opppsss..nanti dulu jangan melatah ye cik
jah-cik jah sekalian…lia nk story morry anak angkat kesayangan lia.. “Bobby Jr.
ngn Tobby Jr.”
Ni la anak-anak angkat lia..
Hehe..ni dah masuk kali ketiga dah lia
membela kura-kura ni..tah kenapa la minat sangat..dulu masa belajar lia dh bela
juga sepasang..tp dah besar..jadi lia bagi pada kenalan lia untuk lepaskan Bobby
ngn Tobby lia kt kolam dia sebab dah besar sangat lia pun tak dapat nak
mengusung diorang macam dlu..hehe..dulu masa diorg kecik2 boleh la usung dari
Ipoh-Terengganu (10 jam perjalanan)..bila dh besar..omak dah tak larat nak
usung..hehe..
Lia beli kura-kura ni masa umur dia 3
hari..hehe..comei kan??bila tengok kura-kura ini lia rasa macam wah..bahagianya..biasanya
cara lia nak pilih diorg yang mana yang nak dibela macam ni..
Cara 1 : letakkan tangan dekat dalam
akuarium diorg..tengok sapa yang pergi kat tangan kita..klo seekor yang
pergi..maknanya dia akan ok dalam jagaan kita..hehe #Persepsi sendiri#
hehe..takda la..ikot citarasa masing-masing
macam mana nak pilih..tp lia senang nak buat macam tu sebab nak tengok
sapa yang betul2 nak bersama kita..cewah..hehe
Cara 2 : lia tengok semua #scan
seekor-seekor# hok mane se yang active hok tu la lia pilih..sebab apa??hah klo
readers semua nak tau..kura-kura ni gemar sangat nak tidur..pantang gelap sikit
dunia..mula la mata pun terpejam..hehe..
Cara 3 : Scan seekor-seekor yang mana
yang anda nampak cute dimata anda..maka
terus je grab..tak payah pandang kiri kanan..hehe..
Jantina kura-kura..
Mesti anda terfikirkan macam mana nak tau
jantina kura-kura jantan dan betina..macam ni..
1)
Jantan
2)
Betina
Jantan coraknya lebih kecil dan badannya
lebih bulat,warna lebih hijau gelap manakala betina lebih besar dan bentuknya
lebih bujur dan hijaunya lebih cerah..#kalau anda perasan biasanya macam tu la
nak tengok orang mengandung anak lelaki @ perempuan..perut yang lebih bulat itu
lelaki manakala yang bujur itu perempuan# wallahualam..
Satu ingatan lia..kalau anda nak bela
binatang macam ini elok anda bela sepasang..sebab tak berapa elok biarkan
haiwan ni tidak berteman..sekarang baru lia faham kenapa..sebabnya..kalau anda
nak tau..walupun kura-kura yang betina lebih besar dari jantan..bila
tidur..betina pasti akan tidur di atas cengkereng jantan sebab kura-kura
sukakan tempat yang kurang air untuk tidur..tapi si jantan tak pula marah bila
betina panjat atas dia..sama la kesnya kalau si betina nak panjat keluar bekas
pun mesti cengkerang si jantan tu yang jadi mangsa..mungkin ni semua
kebetulan..tapi sepanjang pengalaman lia 3x sudah membela anak-anak ni..itu la
yang lia perhatikan..
Lia rasa kali ni lia bela anak-anak ni
sangat bertuah..sebab lia dapat bela diorg dari umur yang sangat-sangat muda..3 hari..biasanya masa kura-kura dalam
usia ni..kulit diorang masih berselaput..macam baby baru lahir juga..lepas tu
mula la tangan ni gatal nak tolong tarik selaput diorang tu..hehe..
Cara dan petua nak menjaga kura-kura..
Tidak susah pun nak jaga kura-kura
ni..#mungkin tak sesusah menjaga haiwan lain# Cuma penekanan perlu diberikan
kepada kebersihan bekas dan air sahaja..kura-kura jenis ni tak perlukan air
yang banyak sebab diorang tak tinggal dalam air sangat pun..senang cerita dua
alam..air yang minima sahaja yang diperlukan..tapi lia kadang-kadang letak juga
air yang banyak bagi mengajar diorang berenang-renang..lagi-lagi lia letak
diorang bersama ikan-ikan kesayangan lia di office lia..#lepas diorg sudah
mencapai usia dua minggu# tu pun lia letak batu-batu bagi diorg boleh panjat
untuk amik udara #pastikan akuarium anda ada bekalan oksigen untuk letak
kura-kura# sebab kura-kura ni tak boleh
duduk bernafas lama-lama dalam air..
Lia selalu pastikan anak-anak lia dijaga
dengan diberikan makan 2 kali sehari..pagi sekali..#sebelum pergi kerja bagi
makan dulu# senang cerita macam ni..bangun tidur..bagi makan..pastu anda
bersiap nak pergi kerja tu..boleh diorang bersantap dulu..lepas tu sebelum
keluar dari rumah..cuci dan tukar air diorg #untuk pastikan air yang bersih dan
tidak berbau# sebabnya makanan diorg ni berbau agak kuat..sebab tu kena kerap
tukar air..
Lepas tu dah balik kerja sekali lagi bagi
makan..hah ni part yang lia paling suka..mandikan diorg..macam haiwan-haiwan
lain juga..kura-kura ni perlukan perhatian dan belaian..anda jangan tak
tau..kura-kura pun suka dibelai..caranya sama macam kita belai
kucing..gosok-gosok cengkerang dan bawah leher diorg..diorg pun
tertidur..aigoo~..hehe..mungkin kedengaran agak janggal tapi ini la
hakikatnya..pengalaman menjadikan kita lebih belajar lebih banyak perkara..
Mandikan diorg pun penting..dengan air paip
yang slow..mandikan diorg dibawah
air…untuk mengelakkan diorg berlumut..cuci bersih badan, tangan dan kaki
diorg..termasuk bekasnya skali..lepas dah mandikan..lia lebih senang untuk
membiarkan diorg berlari-lari bebas..tapi..tu la mungkin diorang masih kecik
dan takut pada dunia yang luas..diorg mesti balik pada kaki kita juga..sebab
takut nak pergi jauh-jauh..hehe
Ada satu pengalaman lia yang paling lia
rasa berharga dan kelaka juga sebenarnya..masa 1st time lia lepaskan
diorg berlari bebas di atas lantai..#lantai marmar# lepas tu si Tobby mula
berenang-renang kat lantai tu #beza sebenarnya cara diorg berjalan dan
berenang#..lia pun konpius dibuatnya #agaknya dia ingat tu air kot# lia pun
ambil la dia yang berenang kekonpiusan tu..hehe..
Banyak pengalaman yang kita belajar
sepanjang proses pembesaran diorg..sama juga seperti bayi..setiap hari kita
melihat mereka membesar dan kita semakin memahami proses tumbesaran mereka..
Diet kura-kura..
Bagi baby kura-kura ni..anda leh dapatkan
makanan yang jenis lembut seperti ini..ni makanan bagi baby
kura-kura..teksturnya lebih lembut berbanding yang ini..senang cerita biasanya
yang packaging kuning ni biasa bagi baby kura-kura..yang hijau bagi yang sudah
besar dan mencapai umur 5 bulan ke atas..anda boleh selang-selangkan dengan
sayur-sayur..tapi kena pastikan jika masih kecil bagilah sayur berdaun yang
lembut seperti sawi, salad,kobis daun lembut..bila dah besar sikit anda boleh
selang-selangkan dengan sayur-sayur lain seperti kangkung dll..selain itu boleh juga cari di pasar tulang sotong..itu juga baik untuk sumber protien dan kalsium utk kura-kura yang sedang membesar
Sifat kura-kura..
Biasanya kura-kura gemarkan tempat yang
gelap dan kurang air..#untuk tidur la..apa lagi..hehe# jika anda beli kura-kura
pastikan anda dapatkan bekas seperti ini..ada site untuk kering dan air..
Depend pada kura-kura sebenarnya..tidak
semua kura-kura mempunyai sifat yang sama..macam lia suka tengok movie juga
kadang-kadang..lepas tu mula la cik kura-kura ni sibuk nak tengok juga.. diorg suka
sangat tengok kartoon..menonton sama-sama sampai tertido..hehe..
Hehe..apa-apa pun lia harap anda tepuk dada
tanya hati…jika anda rasa anda suka membela kura-kura macam lia especially
lepas lia membelogkan tentang mereka ni..anda boleh la mencari diorg di
kedai-kedai haiwan berdekatan #sekarang agak susah nak cari kedai yang jual
kura-kura lagi sebabkan menjual kura-kura perlukan lesen untuk menjual mereka#
ok la blog dah penuh..jari dari haru biru..mata sudah letih..baby – baby lia
pun dah terlena tengok lia memblog tentang diorg so lia pun dh tidurkan diorg
dan lia pun sudah mau tidur daa~..ok semua jumpa lagi anda di post akan datang…