Saturday, 29 June 2013

~kUra-kUrA hiJaU~

Assalamualaikum u’ols..

Hamboi sudah lama lia membuzykan diri dengan kerja-kerja yang tidak pasti..
Mesti anda terfikirkan apa la kerja lia buzykan sangat  itu..

Apa lagi tidur la..hehe..baru je baik dari demam yang panjang..adus.sakit sana..sakit sini..badan lengguh-lengguh..mulalah nak merungut bagai..hehe..tapi tahukan kita..sebenarnya sakit ini ujian Allah S.W.T pada kita..tandanya dia sayang pada kita..dia uji kesabaran kita..nak tengok kita “merampus” ke tak masa kita sakit..hehe..

Ok la gara-gara cik GPS dh bawa lia jalan-jalan Ipoh hari ini..lia dh semangat skit nak membelog..ye la dari saja duduk guling-guling tanpa arah tuju..lebih baik menghapdate blog yang dah lama ditinggalkan kusam ni..
Nak cerita pasal apa ni..aigoo..tadi “kemain” lagi semangat nak menghapdate blog..sekarang dah lost tajuk..haha..ok fine…

Pikir..pikir..sejam berlalu..2 jam berlalu…5 jam berlalu..ok fine dah ingat…
Nak hapdate pasal my baby girl and baby boy..lalala~

#lepas 2 semua nak buat tanggapan..bila masa pulak lia ni kawin..tiba-tiba nak story morry tentang anak pulak..hehe

Opppsss..nanti dulu jangan melatah ye cik jah-cik jah sekalian…lia nk story morry anak angkat kesayangan lia.. “Bobby Jr. ngn Tobby Jr.”

Ni la anak-anak angkat lia..



Hehe..ni dah masuk kali ketiga dah lia membela kura-kura ni..tah kenapa la minat sangat..dulu masa belajar lia dh bela juga sepasang..tp dah besar..jadi lia bagi pada kenalan lia untuk lepaskan Bobby ngn Tobby lia kt kolam dia sebab dah besar sangat lia pun tak dapat nak mengusung diorang macam dlu..hehe..dulu masa diorg kecik2 boleh la usung dari Ipoh-Terengganu (10 jam perjalanan)..bila dh besar..omak dah tak larat nak usung..hehe..

Lia beli kura-kura ni masa umur dia 3 hari..hehe..comei kan??bila tengok kura-kura ini lia rasa macam wah..bahagianya..biasanya cara lia nak pilih diorg yang mana yang nak dibela macam ni..

Cara 1 : letakkan tangan dekat dalam akuarium diorg..tengok sapa yang pergi kat tangan kita..klo seekor yang pergi..maknanya dia akan ok dalam jagaan kita..hehe #Persepsi sendiri# hehe..takda la..ikot citarasa masing-masing  macam mana nak pilih..tp lia senang nak buat macam tu sebab nak tengok sapa yang betul2 nak bersama kita..cewah..hehe

Cara 2 : lia tengok semua #scan seekor-seekor# hok mane se yang active hok tu la lia pilih..sebab apa??hah klo readers semua nak tau..kura-kura ni gemar sangat nak tidur..pantang gelap sikit dunia..mula la mata pun terpejam..hehe..

Cara 3 : Scan seekor-seekor yang mana yang  anda nampak cute dimata anda..maka terus je grab..tak payah pandang kiri kanan..hehe..

Jantina kura-kura..

Mesti anda terfikirkan macam mana nak tau jantina kura-kura jantan dan betina..macam ni..
1)      Jantan
2)      Betina
Jantan coraknya lebih kecil dan badannya lebih bulat,warna lebih hijau gelap manakala betina lebih besar dan bentuknya lebih bujur dan hijaunya lebih cerah..#kalau anda perasan biasanya macam tu la nak tengok orang mengandung anak lelaki @ perempuan..perut yang lebih bulat itu lelaki manakala yang bujur itu perempuan# wallahualam..



Satu ingatan lia..kalau anda nak bela binatang macam ini elok anda bela sepasang..sebab tak berapa elok biarkan haiwan ni tidak berteman..sekarang baru lia faham kenapa..sebabnya..kalau anda nak tau..walupun kura-kura yang betina lebih besar dari jantan..bila tidur..betina pasti akan tidur di atas cengkereng jantan sebab kura-kura sukakan tempat yang kurang air untuk tidur..tapi si jantan tak pula marah bila betina panjat atas dia..sama la kesnya kalau si betina nak panjat keluar bekas pun mesti cengkerang si jantan tu yang jadi mangsa..mungkin ni semua kebetulan..tapi sepanjang pengalaman lia 3x sudah membela anak-anak ni..itu la yang lia perhatikan..

Lia rasa kali ni lia bela anak-anak ni sangat bertuah..sebab lia dapat bela diorg dari umur yang sangat-sangat  muda..3 hari..biasanya masa kura-kura dalam usia ni..kulit diorang masih berselaput..macam baby baru lahir juga..lepas tu mula la tangan ni gatal nak tolong tarik selaput diorang tu..hehe..

Cara dan petua nak menjaga kura-kura..

Tidak susah pun nak jaga kura-kura ni..#mungkin tak sesusah menjaga haiwan lain# Cuma penekanan perlu diberikan kepada kebersihan bekas dan air sahaja..kura-kura jenis ni tak perlukan air yang banyak sebab diorang tak tinggal dalam air sangat pun..senang cerita dua alam..air yang minima sahaja yang diperlukan..tapi lia kadang-kadang letak juga air yang banyak bagi mengajar diorang berenang-renang..lagi-lagi lia letak diorang bersama ikan-ikan kesayangan lia di office lia..#lepas diorg sudah mencapai usia dua minggu# tu pun lia letak batu-batu bagi diorg boleh panjat untuk amik udara #pastikan akuarium anda ada bekalan oksigen untuk letak kura-kura#  sebab kura-kura ni tak boleh duduk bernafas lama-lama dalam air..


Lia selalu pastikan anak-anak lia dijaga dengan diberikan makan 2 kali sehari..pagi sekali..#sebelum pergi kerja bagi makan dulu# senang cerita macam ni..bangun tidur..bagi makan..pastu anda bersiap nak pergi kerja tu..boleh diorang bersantap dulu..lepas tu sebelum keluar dari rumah..cuci dan tukar air diorg #untuk pastikan air yang bersih dan tidak berbau# sebabnya makanan diorg ni berbau agak kuat..sebab tu kena kerap tukar air..

Lepas tu dah balik kerja sekali lagi bagi makan..hah ni part yang lia paling suka..mandikan diorg..macam haiwan-haiwan lain juga..kura-kura ni perlukan perhatian dan belaian..anda jangan tak tau..kura-kura pun suka dibelai..caranya sama macam kita belai kucing..gosok-gosok cengkerang dan bawah leher diorg..diorg pun tertidur..aigoo~..hehe..mungkin kedengaran agak janggal tapi ini la hakikatnya..pengalaman menjadikan kita lebih belajar lebih banyak perkara..
Mandikan diorg pun penting..dengan air paip yang slow..mandikan diorg  dibawah air…untuk mengelakkan diorg berlumut..cuci bersih badan, tangan dan kaki diorg..termasuk bekasnya skali..lepas dah mandikan..lia lebih senang untuk membiarkan diorg berlari-lari bebas..tapi..tu la mungkin diorang masih kecik dan takut pada dunia yang luas..diorg mesti balik pada kaki kita juga..sebab takut nak pergi jauh-jauh..hehe

Ada satu pengalaman lia yang paling lia rasa berharga dan kelaka juga sebenarnya..masa 1st time lia lepaskan diorg berlari bebas di atas lantai..#lantai marmar# lepas tu si Tobby mula berenang-renang kat lantai tu #beza sebenarnya cara diorg berjalan dan berenang#..lia pun konpius dibuatnya #agaknya dia ingat tu air kot# lia pun ambil la dia yang berenang kekonpiusan tu..hehe..
Banyak pengalaman yang kita belajar sepanjang proses pembesaran diorg..sama juga seperti bayi..setiap hari kita melihat mereka membesar dan kita semakin memahami proses tumbesaran mereka..




Diet kura-kura..

Bagi baby kura-kura ni..anda leh dapatkan makanan yang jenis lembut seperti ini..ni makanan bagi baby kura-kura..teksturnya lebih lembut berbanding yang ini..senang cerita biasanya yang packaging kuning ni biasa bagi baby kura-kura..yang hijau bagi yang sudah besar dan mencapai umur 5 bulan ke atas..anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur..tapi kena pastikan jika masih kecil bagilah sayur berdaun yang lembut seperti sawi, salad,kobis daun lembut..bila dah besar sikit anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur lain seperti kangkung dll..selain itu boleh juga cari di pasar tulang sotong..itu juga baik untuk sumber protien dan kalsium utk kura-kura yang sedang membesar





Sifat kura-kura..

Biasanya kura-kura gemarkan tempat yang gelap dan kurang air..#untuk tidur la..apa lagi..hehe# jika anda beli kura-kura pastikan anda dapatkan bekas seperti ini..ada site untuk kering dan air..
Depend pada kura-kura sebenarnya..tidak semua kura-kura mempunyai sifat yang sama..macam lia suka tengok movie juga kadang-kadang..lepas tu mula la cik kura-kura ni sibuk nak tengok juga.. diorg suka sangat tengok kartoon..menonton sama-sama sampai tertido..hehe..
Hehe..apa-apa pun lia harap anda tepuk dada tanya hati…jika anda rasa anda suka membela kura-kura macam lia especially lepas lia membelogkan tentang mereka ni..anda boleh la mencari diorg di kedai-kedai haiwan berdekatan #sekarang agak susah nak cari kedai yang jual kura-kura lagi sebabkan menjual kura-kura perlukan lesen untuk menjual mereka# ok la blog dah penuh..jari dari haru biru..mata sudah letih..baby – baby lia pun dah terlena tengok lia memblog tentang diorg so lia pun dh tidurkan diorg dan lia pun sudah mau tidur daa~..ok semua jumpa lagi anda di post akan datang…




Selamat malam dan Assalamualaikum…=)





1 comment: