Friday 11 December 2015

Buttermilk Chicken Iylia Style

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dapat cuti 3 hari..semalam cuti Keputraan Sultan Selangor sambung hari ni cuti sabtu dan ahad.

Lama rasanya lia tak update resepi kat blog ni.

Atas permintaan hari ni nak ajar cara buat buttermilk chicken my own style.

Rasanya kat luar sana banyak restaurant dan kedai yang jual buttermilk chicken and the first time i taste it masa kawan bawak g makan kat Petaling Jaya if i'm not mistaken.

Tapi biasa la makan kat kedai harga dia pun fuhh semangat. So apa kata kita buat sendiri, selain blh masak at your own portion, banyak ke sikit depend on you.

Tapi sebelum tu nak bagitau, kebanyakkan resepi homemade ni cara yang lia create sendiri, untuk memudahkan anda sebagai rujukan, tapi quantity and exact measurement mungkin tak berapa tepat since lia jarang sukat bahan nak masak..just use your instinct. Sebelum masak, tepuk dada tanya hati..hehe

ok let's get started. " Buttermilk Chicken Iylia Style"

Serving : 4-6 Person

Bahan- bahan 

Part A
5 ketul dada ayam - dibuang kulit dan dipotong 1 inci x 1 inci
1 biji telur ayam
4 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu besar rempah kari ikan ( nanti lia explain kenapa rempah kari ikan bukan ayam)
garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Untuk Kuah

Part B
1/3 cawan susu pekat ( boleh adjust)
250 gm butter ( unsalted / salted butter)
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi ( adjust ikut kepedasan anda)
5 ulas bawang putih dicincang halus
air secukupnya

Cara membuat.

Pertama sekali bersihkan ayam dan potong saiz 1 inci x 1 inci.

Di atas dapur panaskan sedikit minyak lebih kurang 2 senduk ( minyak tak perlu banyak sebab kita akan goreng ayam hanya sekilas sahaja)

Masukkan ayam dalam 1 bekas yang besar dan campurkan semua bahan part A. Gaul rata dan masukkan satu demi satu dan dalam masa 3 saat terbalikkan dan angkat. (anda kena cepat dan pantas, boleh mintak tolong kawan tolong cedukkan dan sorang tolong letakkan dalam kuali)

Sudah siap menggoreng ketepikan ayam, anda akan nampak air ayam masih disitu, restkan ayam supaya daging dapat serap semula air ayam yang keluar.

Dalam kuali yang sama, dan minyak yang sama, kurangkan minyak kepada separuh dan masukkan mentega pastikan anda cairkan mentega bersama minyak ( sila baca di tips memasak)

Selepas mentega cair masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari goreng sampai wangi ( satu rumah boleh bau..hehe)

Setelah naik bau, masukkan susu pekat dan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam, tunggu sehingga mendidih dan kuah agak pekat terus angkat. Jangan masak ayam terlalu lama untuk elakkan ayam keras. Ayam yang cantik hanya dimasak secukupnya tanpa keras dan masih juicy.
(tak pe practice make perfect)

Siap untuk dihidangkan panas bersama nasi putih atau roti.


     *Buttermilk chicken didepan kari tu hah..jauh beno tak nampak..hehe sedap woo makan ngan kari ikan tanpa santan " mamak style" nanti share resepi kari ikan pulak

Cerita sikit la pengalaman ayam buttermilk ni.

Dulu pernah sekali je kawan bawak pergi makan..peghhh lazat..balik terus cuba try test..apa lagi budak rumah la jadi sasaran eksperimen. nasib jadi..hahaha

pastu pernah masak untuk kawan- kawan kelas 30 org ++ sekelas dan tak sampai 30 jam habis licin..siap ada yang tambah nasi..hahaha

Ok nak share tips untuk kali ni

Kenapa ayam digoreng 3 saat je?
1) sebab dada ayam adalah part ayam yang paling keras apabila terlalu masak, jadi ideanya kat sini, nanti di kuah kita akan masak ayam lagi sekali untuk satukan rasa ayam dan kuah jadi peringkat awl ni lebih kepada untuk lekatkan tepung dan rasa rempah pada ayam
2) Tepung yang menyelaputi ayam tak perlu terlalu garing macam buat cucur sebab bila berkuah nanti anda bayangkan macam mana keadaannye..hehe
3) ayam yang dihidangkan mesti masih lembut dan masak secukupnya, mungkin agak sukar buat yang belum pandai nak mengagak, tapi bila dah banyak kali cuba anda akan dapat agak dengan baik

Kenapa guna serbuk kari ikan bukan ayam?
1) Pada pandangan lia, rempah kari ikan lebih sedap dan rasanya lebih lite kalau nak bandingkan dengan rempah kari ayam mgkin rasa agak berat dan berempah. Rempah kari digunakan untuk kontra rasa lemak susu dan bagi kelainan pada buttermilk anda dan hilangkan rasa muak walaupun anda makan hidangan ni dengan banyak.

Kenapa pakai susu pekat bukan susu cair?
Sebenarnya ni option, terpulang pada anda, lia suka gunakan susu pekat sebab lia xperlu nak tambah lagi gula dan garam dalam masakkan ni dan kosistensi kuah yang lebih pekat dan manis. Idea di sini masakan ni harus, berempah, manis dan pedas. Tapi kalau anda nak pakai susu cair pun tak ada masalah.

Kenapa kena letak cili padi? makan kat kedai tak ada pun.
Sepertimana yang lia bagitau tadi, resepi ni hasil olahan dan ciptaan sendiri sebab lia suka fikirkan macam mana nak enjoy makan tanpa merosakkan idea asal makanan ni. Jadi idea untuk cili padi ni adalah untuk kurangkan rasa muak susu dalam hidangan dan bagi rasa pedas- pedas manis gitu..kelas kau jah.hehehe

Kenapa kena cairkan  mentega dengan minyak masak?
Mentega senang hangus pada kuali yang panas dan berbau hangit, sebab itu bila mencairkan mentega pastikan anda campurkan dengan sedikit minyak masak supaya mentega tidak keperangan dan hangus..

Jadi apa lagi, cuba jangan tak cuba practice dan cuba masak masa bertandang ke rumah bakal mak mertua, confirm mak mertua sayang lebih,,hehe.. feel free untuk tinggalkan msg anda jika ada sebarang pertanyaan. kongsikan pengalaman anda mencuba resepi ini dan jangan segan- segan untuk share..

adios!



Thursday 19 November 2015

Aku..Masa.. Dan Kerjaya..

Holla..holla..

Peghhh..berhabuk blog ni..setelah sekian lama tak update..

Setelah setahun 2 tahun akhirnya ku kembali..aceceh..hehe

Nak buat macam mana sibuk sangat..lain yang di plan lain yang jadi..hehe..

Bukan nak kata la..banyak post yang lia dah simpan as draft tapi sampai sekarang tak ada masa lagi nak edit..al maklumlah bila dh balik rumah penat..laptop pun malas nak hadap..( korang faham kan apa yang ku rasakan ini..hehe)

Dah alang-alang update ni nak bagitau yang sekarang lia sudah berada di semester 5 master..yuhuuu..punya la lama tak habis-habis lagi belajar..sabaq nok sabaq..2 semesters to go..kadang bila fikir balik..lia ni memang bengap tahap cipan bab-bab mengira..nombor..orang melayu panggil bebal..hehe..tapi kadang tu tak sangka..bukan tak sangka apa..tak sangka yang lia akan abiskan master lia dalam kewangan..mungkin orang tengok memang tak masuk akal.."kau kerja bidang lain, belajar bidang lain..nak jadi apa ni?ish..ish..

Sabaq..again sabaq..ok let me explain my plan..macam ni la senang cerita..kita ni perempuan dan semestinya ada impian akan ada family, berkahwin dan beranak pinak..kenapa finance?apa kena mengena dengan kisah kawin ni..omo~ konpius mak..

Macam ni nak..lia ingat bila dah ada family mungkin lia tak nak dah kerja makan gaji..of course keluarga akan diutamakan..lia plan akan memohon mengajar secara part time, buat paper research, financial and operations consultant dan mungkin akan juga buka cafe..so i'll have my own time to work to spend my time with my family.

Sekarang ni seram sejuk dengan macam-macam kes kanak-kanak..culik la, jatuh eskalator la..macam-macam..so i decided to do everything as part time since bakal suami insyAllah boleh menangung "kata dia la"hehe..tak pe doakan yang terbaik..inshAllah Allah akan permudahkan semuanya..aamiin..

Since now lia dah dapat kerja di tempat yang agak dekat dengan rumah dan tempat belajar syukur sangat alhamdulillah..betul kata orang..kalau kita terniat sesuatu yang baik pasti Allah itu akan bantu dan permudahkan.

Nak dijadikan cerita, company yang lia kerja sekarang dah dua kali lia pergi interview..pertama masa setahun yang lepas..dan lepas lia nyatakan hasrat lia nak berkerja dekat area rumah pada housemate beberapa bulan lepas, maka nak dijadikan rezeki sekali lagi lia dipanggil interview dan diterima berkerja dengan kerja yang selama ini lia impikan..Alhamdulillah ya Allah..Allah maha mengetahui segala sesuatu atas alasan apa lia nak berpindah kerja ketika itu biarlah menjadi rahsia..cuma nak bagitau..Allah tu maha mengetahui..jika niat kita itu baik untuk sesuatu, Allah sentiasa akan berikan jalan untuk kita, dan lia percaya aturan Allah itu sangat sempurna, sentiasa tepat pada masanya alhamdulillah..

Itu la serba sedikit mengenai apa yang berlaku sepanjang dua tahun yang kritikal lia di kotaraya Kuala Lumpur..ok sebelum mata nak berlabuh badan hendak direhatkan..apa yang lia nak janjikan disini adalah..lia akan cuba sehabis baik untuk update blog ni sekerap yang mungkin..dan yang paling penting banyak resepi yang lia nak kongsikan..dan topik-topik sharing is caring yang terbaik especially "how to manage your financial" dan "how to cook at home" antara kerjaya dan masa : how to cook a delicious homecook food at the shortest time..ni memang ramai wanita diluar sana kena belajar..especially yang bujang dan akan berumah tangga..korang jangan bagi alasan..no saya berkerja tak de masa nak masak untuk suami..no no..lepas ni.,anda kena ada masa..because you just need to learn the basic how to cook fast then you know how to manage your life..ok anak-anak sekalian..

Ok la jam dah menunjukkan jam 2.09 pagi..mata pun dah kuyup gara-gara ubat ( semalam demam..huhu~) so marilah kita melayari bahtera ayaq liuq basi dan berdengkoq..jumpa lagi dalam pos akan datang..sayonara readers..Assalammualaikum