Tuesday, 5 March 2013

~PrAY4sAbAH~

Assalamualaikum semua..
Sebelum lia lanjutkan post lia buat kali ini..lia mohon kepada semua pembaca yang disayangi untuk sedekahkan Al-Fatihah buat perwira-perwira kita yang telah gugur di Sabah.


Lia tahu dan lia akui kita semua setiasa menantikan update tentang pencerobohan di Lahad Datu. Buat diri lia sendiri memang tak senang duduk dibuatnya memikirkan nasib rakyat-rakyat kita disana. Tidak banyak yang dapat kita bantu mereka di sana kecuali hanya mampu berdoa dan memberi bantuan kewangan kepada mereka disana. Pada rakan-rakan yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Media Prima di no akaun  5142 7133 9000..mungkin sumbangan kita itu tidaklah banyak tetapi sentiasa ingat bahawa "tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima." 


Bukan banyak atau sedikit sumbangan yang dihitung tapi keikhlasan kita yang dihitung. Memang isu pencerobohan ini banyak menarik minat lia sebabnya lia juga pernah menjadi sebahagian dari Sabah suatu ketika dahulu "Tanah Tumpahnya Darahku". Dulu masa lia duduk di sana, apa yang lia boleh cakap Sabah is all paradise. Kami pun selalu pergi ke Semporna bersama keluarga..tapi sekarang melihatkan kampung halaman diceroboh hati mana yang tak terguris kebetulan pula salah seorang kawan lia telah pergi ke medan perang pagi ini..memang hati sentiasa tidak berhenti-henti mendoakan keselamatan mereka.


Namun disebalik peristiwa ini, masih ada yang tergamak mempolitikkan isu ini. Kadang-kadang lia tidak faham dengan sikap orang kita, kenapa mesti mempolitikkan isu yang melibatkan sensitiviti dan maruah negara. Jangan begitu, biarlah kita bersikap satu hati dalam isu ini. Ramai sahabat-sahabat kita di sana yang bertarung nyawa demi kesejahteraan kita di sini..berlaku adillah kita terhadap mereka..jangan bersikap prejudis.


Apa-apa pun lia tak mampu rasanya nak mengorak lebih lanjut mengenai hal ini.Lebih baik kita nantikan sidang media yang sedang diadakan di TV.Hanya doa yang mampu lia panjatkan. Marilah sama-sama kita berdoa dan mengikuti solat hajat di masjid-masjid berdekatan di rumah anda. Semoga mereka semua selamat dan semoga yang gugur sentiasa ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaanNya..amin....





#"belajarlah mencintai apa yang kita ada..yang kita cari tak semestinya yang terbaik sepertimana yang kita harapkan"

Saturday, 2 February 2013

Kisah 1001 Siang : Kisah Abang Telur

Selamat tengahari semua...
wah gituuu..menghapdate blog tengahari rembang ni...hehe
Ahad datang lagi..hari untuk berehat bagi semua umat manusia didunia ini
#kecuali di utara Malaysia dan Pantai Timur Malaysia...

sebenarnya banyak perkara yang hendak di"hapdate"kan tapi macam penuh post ini nanti..hehe
kesibukkan kerja itu sudah satu kemestian pada lia..lagi-lagi sekarang ini adik-adik mula balik ke rumah..apa lagi riuh la satu rumah..hehe..sibuk berjalan-jalan dengan family especially dengan adik-adik..

lia hendak story morry la apa yang dah jadi pada lia sebulan ni..hoho..rasanya azam tahun baru lia sudah pun tercapai..."to become matang" hmm lately ni lia banyak handle kerja dengan matangnya..meet people,bla..bla...memang memenatkan juga..hikhik

sebenarnya ada beberapa story morry yang lia rase nak share la dengan reader semua...tapi hari ni lia nak share 1 je cite..KISAH ABANG TELUR

haha..ok gelak jap..bila teringat balik kisah ni..lia naik segan dengan seorang customer lia ni..lia ada buka restoran..kadang-kadang biasalah bila lia turun pantau pekerja-pekerja..kadang-kadang lia turun bnatu-bantu diorang..satu hari ni ada la sorang customer ni dh breakfast pastu datang ke cashier untuk bayar..(restoran lia semua layan diri) so oleh kerana cashier lia g mana tah masa tu..lia pun tlg la kirakan customer ni punya bil..

lia : makan apa tadi encik??
customer: mee goreng..dengan teh o..
lia : ad telur ke??(maksud lia kat sini mee goreng ngn telur goreng @ telur rebus)
customer: eh mestilah ada...(dia pun start gelak sambil lia dengan muka selamba terus mengira bil customer ni)

pastu kemain lagi dia gelakkan lia..lia yang awalnya blur dah mula paham apa yang customer ni cuba nak sampaikan...OMG...ke situ pulak dia..#adakah dia sedang bercakap mengenai "telur" lain..lia pun dah start malu..dia bayar dan lia terus jalan...*tak nak duduk kat cashier dah* =( dia pun terus gelakkan lia sampai ke parking dan berlalu pergi...

my major problem customer itu my regular customer..siang, tengahari ke malam pun dia makan kat restoran lia..so banyak kali lia try to escape klo nampak dia..hehe..walaupun kadang-kadang lia turun nak memantau itu dia ad je tengah makan sambil try to sembang-sembang..tapi lia suka wat muka blur bila dia try nak sembang..#sebab lia sangat malu di kenakan hari itu# sampai ke saat ni..walaupun hari yang lia keje lia xberani nak sembang-sembang dengan dia tak macam lia sembang-sembang dengan customer lain..hehe walaupun dia perasan apa yang lia cuba elakkan itu..tapi dia masih di situ..makan setiap masa bila timenya..

semalam dia datang lagi makan tengahari..setelah seminggu xdatang..rupanya baru tau dia balik kampungnya di Johor sebab kakak dia kawin..dia ni kinda simple person..suka makan sayur..tu lia perasan..dari awal-awal dia datang dulu..benda 1st sekali dia tanya "sayur xda ke??" restoran lia ni biasanya customers memang suka sangat makan sayur..jadi sayur memang benda 1st skali habis..jadi bagi orang yang makan sayur macam dia memang kadang-kadang mengecewakan bila datang-datang nk makan sayur xda..hehe..sembang punya sembang dengan pekerja baru lia tau dia 2 polis trafik highway dekat -dekat rumah lia ni..dan lia baru tau nama dia..nice name..=)

walau apa pun jokes yang dia cuba mengenakan lia..lia still malu dengan dia..haha..dan sehingga hari ni lia dengan pekerja-pekerja lia panggil dia dengan nama "abang telur" walaupun dah tau nama dia tapi lia rasa nama panggilan itu sesuai dengannya..satu memory yang simple tapi diingati sampai bila-bila..hehe..dan dia masih di situ menikmati juadahnya tak kira siang ke malam ke tengahari ke..dia masih di situ..=)

P/S : lelaki di luar sana jangan buat joke macam ni..sampai bila-bila orang lain yang blur macam lia ni akan menjauhkan diri dari anda..hehe