Wednesday, 31 July 2013

~hAdA LabO~

Assalamualaikum u'ols

cuaca kt malaysia ni panas betul kan?
namo pon terletak di garisan khatulistiwa (cehh skema gitu)...macam terasa belajar geografi pulak..huhu~

ok la lia kali ini nak story morry about my favorite product iaitu Hada Labo..
mungkin soalan yang biasa ditanya oleh orang-orang yang tidak mengerti..
FAQ : "menatang apa la hada labo  tu?"

pada yang tidak mengerti..sila bace selanjutnya ye post lia ni...

ok la nk cerita yang baru ni lia ada la beli produk ni..(terpengaruh dengan iklan)..hikhik
sebab kulit lia sangat kering dan i need moisturizer for my skin..dengan cuaca yang panas plus kerja dalam air cond..kulit extra kering kot..zzzZZZZ..

stress wooo~ bile nk pkai foundation mula la muka menunjukkan ke"sopak"kannya memandangkan kulit kering dan kekering ado yang sampai mengelupas...

before lia try hada labo ni lia ado la try Sabun Papaya yang kononnya dapat memberikan keserian kulit..tapi memandangkan kulit lia ni cap ayam..tak la sesuai nak pakai Sabun Papaya tu..pedih masa cuci muka pakai tu...nak guling-guling tahan pedih gara-gara sabun tu...

pastu akibat kulit kering yang tahap extream..lia pun berhenti pakai sabun papaya dan beralih kepada "HADAAA~LABOOOO~(kena panjang sikit sebut nama dia) hehe

seperti mana logo begitu la juga penggunaannya..perfect and simple...

for the first trial..lia try starter pack a.k.a travel pack dia...

(culik gambar ni dari blog http://embunsuchi.blogspot.com) den xsompat hah nak senap-senap gambarnya..hehe

ok ni la ropenye..kecil je..tapi sangat jimat kot...lia pakai pack ni dah almost sebulan tapi still tak habis-habis...dia berkembang quantitiy kot..haha...

memang sangat jimat sebab pakai sikit je...tapi moisturizing dia bukan main lagi..memang superb..sebab tu pakai sebulan pun tak abis-abis..walhal bukan besau mana pun travel pack ni..kecik je...

Facial Cleanser : 12g
Toner : 30g
Milk Lotion :30 g

sebab utama lia beli travel pack ni sebab nak la try dulu mane tau kot-kot tak sesuai ke dengan kulit al maklumlah ni kan produk dari jepun..kita ni kulit orang malaysia..mano la tau kot-kot jadi kulit cap buaya pulak ke lepas pakai ni..so lia pun try la yang kecik dulu..nak tengok jadi kulit manusia ke kulit boya lepas pakai ni..hehe

Tapi, for a dry skin macam lia..lia sangat suggest orang lain pakai produk ni sebab yup memang sangat moisturize and lembut je kulit bila pakai..i like when my skin soft, moisturized dan sejuk je bila pakai ni...and the most important thing..dia menyerap dengan baik dan sambil tu anda boleh dap-dapkan kulit anda lepas apply this produk for the best result..pastu nak pakai foundation ke..apa ke you can do so..dengan hati yang gembira sebab kulit mengelupas dan kering sudah tiada lagi...hehe

Cara pemakaian dia mudah saja..
First you wash your face with facial cleanser..letak sedikit pada jari then letak air sikit and buihkan (produk ni tak da la berbuih mane sebab dia no chemical) -yang dok berbuih bebelon-belon tu sebab chemical kebanyakkan..sebab tu dia softkan kulit anda..no chemical..
ok lepas buihkan slowly and gentle gosokkan pada wajah anda dan bersihkan dengan air..lia suggestkan anda guna warm water to remove oil pada muka anda..

Then gunakan Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion (yang berwarna jernih..) letakkan sedikit atas palm anda dalam dua tiga titik..dan sapukan pada muka dengan cara sapu and dap lembut pada kulit anda (ala macam iklan SK2 tu..dap-dap pada kulit..hehe)..kalau ikut cara lia lepas lia cuci muka biasanya air pada muka tu lia tak terus lap tapi lia terus sapukan lotion ni so that dia ada extra moisturizing untuk kulit anda..water plus lotion..sejuk beb...i like..hehe

Finally letakkan sedikit  Super Hyaluronic Acid Hydrating Milk Lotion pada palm anda dan sapukan juga pada muka dengan cara yang sama dengan cara diatas dan jeng jeng..anda dapat hasilnya..kulit yang lembut, lembap dan segar..P/S : kepada yang kulit berminyak lia tak suggestkan anda pakai terlalu banyak Milk Lotion ni sebab dia agak berminyak dan anda ada option juga untuk tidak memakainya..

My 1 month testimony..
Keadaan kulit : 90 % moisturized
Parut : 87 % berkurang
Jerawat : 89 % not in list (tak naik langsung)
Kekeringan : 99.9 % totally out..


see..this picture without edit or make up..(sila abaikan eye bag..huhu~)

so tepuk dada tanya hati..anda boleh mencuba jika anda mahu..jika anda nak try boleh la g cari trial pack hada labo ni di watson berhampiran dengan anda dan puchase it for RM19.90 utk a month lebih..(super duper jimat)

P/S : tengah tunggu gaji masuk nak beli botoi besaq pulak lepas ni..hehe..(lambat betul gaji masuk...(-.-!)

ok la reader jumpa lagi anda di lain masa...Assalamualaikum...~~<@








Saturday, 29 June 2013

~kUra-kUrA hiJaU~

Assalamualaikum u’ols..

Hamboi sudah lama lia membuzykan diri dengan kerja-kerja yang tidak pasti..
Mesti anda terfikirkan apa la kerja lia buzykan sangat  itu..

Apa lagi tidur la..hehe..baru je baik dari demam yang panjang..adus.sakit sana..sakit sini..badan lengguh-lengguh..mulalah nak merungut bagai..hehe..tapi tahukan kita..sebenarnya sakit ini ujian Allah S.W.T pada kita..tandanya dia sayang pada kita..dia uji kesabaran kita..nak tengok kita “merampus” ke tak masa kita sakit..hehe..

Ok la gara-gara cik GPS dh bawa lia jalan-jalan Ipoh hari ini..lia dh semangat skit nak membelog..ye la dari saja duduk guling-guling tanpa arah tuju..lebih baik menghapdate blog yang dah lama ditinggalkan kusam ni..
Nak cerita pasal apa ni..aigoo..tadi “kemain” lagi semangat nak menghapdate blog..sekarang dah lost tajuk..haha..ok fine…

Pikir..pikir..sejam berlalu..2 jam berlalu…5 jam berlalu..ok fine dah ingat…
Nak hapdate pasal my baby girl and baby boy..lalala~

#lepas 2 semua nak buat tanggapan..bila masa pulak lia ni kawin..tiba-tiba nak story morry tentang anak pulak..hehe

Opppsss..nanti dulu jangan melatah ye cik jah-cik jah sekalian…lia nk story morry anak angkat kesayangan lia.. “Bobby Jr. ngn Tobby Jr.”

Ni la anak-anak angkat lia..



Hehe..ni dah masuk kali ketiga dah lia membela kura-kura ni..tah kenapa la minat sangat..dulu masa belajar lia dh bela juga sepasang..tp dah besar..jadi lia bagi pada kenalan lia untuk lepaskan Bobby ngn Tobby lia kt kolam dia sebab dah besar sangat lia pun tak dapat nak mengusung diorang macam dlu..hehe..dulu masa diorg kecik2 boleh la usung dari Ipoh-Terengganu (10 jam perjalanan)..bila dh besar..omak dah tak larat nak usung..hehe..

Lia beli kura-kura ni masa umur dia 3 hari..hehe..comei kan??bila tengok kura-kura ini lia rasa macam wah..bahagianya..biasanya cara lia nak pilih diorg yang mana yang nak dibela macam ni..

Cara 1 : letakkan tangan dekat dalam akuarium diorg..tengok sapa yang pergi kat tangan kita..klo seekor yang pergi..maknanya dia akan ok dalam jagaan kita..hehe #Persepsi sendiri# hehe..takda la..ikot citarasa masing-masing  macam mana nak pilih..tp lia senang nak buat macam tu sebab nak tengok sapa yang betul2 nak bersama kita..cewah..hehe

Cara 2 : lia tengok semua #scan seekor-seekor# hok mane se yang active hok tu la lia pilih..sebab apa??hah klo readers semua nak tau..kura-kura ni gemar sangat nak tidur..pantang gelap sikit dunia..mula la mata pun terpejam..hehe..

Cara 3 : Scan seekor-seekor yang mana yang  anda nampak cute dimata anda..maka terus je grab..tak payah pandang kiri kanan..hehe..

Jantina kura-kura..

Mesti anda terfikirkan macam mana nak tau jantina kura-kura jantan dan betina..macam ni..
1)      Jantan
2)      Betina
Jantan coraknya lebih kecil dan badannya lebih bulat,warna lebih hijau gelap manakala betina lebih besar dan bentuknya lebih bujur dan hijaunya lebih cerah..#kalau anda perasan biasanya macam tu la nak tengok orang mengandung anak lelaki @ perempuan..perut yang lebih bulat itu lelaki manakala yang bujur itu perempuan# wallahualam..



Satu ingatan lia..kalau anda nak bela binatang macam ini elok anda bela sepasang..sebab tak berapa elok biarkan haiwan ni tidak berteman..sekarang baru lia faham kenapa..sebabnya..kalau anda nak tau..walupun kura-kura yang betina lebih besar dari jantan..bila tidur..betina pasti akan tidur di atas cengkereng jantan sebab kura-kura sukakan tempat yang kurang air untuk tidur..tapi si jantan tak pula marah bila betina panjat atas dia..sama la kesnya kalau si betina nak panjat keluar bekas pun mesti cengkerang si jantan tu yang jadi mangsa..mungkin ni semua kebetulan..tapi sepanjang pengalaman lia 3x sudah membela anak-anak ni..itu la yang lia perhatikan..

Lia rasa kali ni lia bela anak-anak ni sangat bertuah..sebab lia dapat bela diorg dari umur yang sangat-sangat  muda..3 hari..biasanya masa kura-kura dalam usia ni..kulit diorang masih berselaput..macam baby baru lahir juga..lepas tu mula la tangan ni gatal nak tolong tarik selaput diorang tu..hehe..

Cara dan petua nak menjaga kura-kura..

Tidak susah pun nak jaga kura-kura ni..#mungkin tak sesusah menjaga haiwan lain# Cuma penekanan perlu diberikan kepada kebersihan bekas dan air sahaja..kura-kura jenis ni tak perlukan air yang banyak sebab diorang tak tinggal dalam air sangat pun..senang cerita dua alam..air yang minima sahaja yang diperlukan..tapi lia kadang-kadang letak juga air yang banyak bagi mengajar diorang berenang-renang..lagi-lagi lia letak diorang bersama ikan-ikan kesayangan lia di office lia..#lepas diorg sudah mencapai usia dua minggu# tu pun lia letak batu-batu bagi diorg boleh panjat untuk amik udara #pastikan akuarium anda ada bekalan oksigen untuk letak kura-kura#  sebab kura-kura ni tak boleh duduk bernafas lama-lama dalam air..


Lia selalu pastikan anak-anak lia dijaga dengan diberikan makan 2 kali sehari..pagi sekali..#sebelum pergi kerja bagi makan dulu# senang cerita macam ni..bangun tidur..bagi makan..pastu anda bersiap nak pergi kerja tu..boleh diorang bersantap dulu..lepas tu sebelum keluar dari rumah..cuci dan tukar air diorg #untuk pastikan air yang bersih dan tidak berbau# sebabnya makanan diorg ni berbau agak kuat..sebab tu kena kerap tukar air..

Lepas tu dah balik kerja sekali lagi bagi makan..hah ni part yang lia paling suka..mandikan diorg..macam haiwan-haiwan lain juga..kura-kura ni perlukan perhatian dan belaian..anda jangan tak tau..kura-kura pun suka dibelai..caranya sama macam kita belai kucing..gosok-gosok cengkerang dan bawah leher diorg..diorg pun tertidur..aigoo~..hehe..mungkin kedengaran agak janggal tapi ini la hakikatnya..pengalaman menjadikan kita lebih belajar lebih banyak perkara..
Mandikan diorg pun penting..dengan air paip yang slow..mandikan diorg  dibawah air…untuk mengelakkan diorg berlumut..cuci bersih badan, tangan dan kaki diorg..termasuk bekasnya skali..lepas dah mandikan..lia lebih senang untuk membiarkan diorg berlari-lari bebas..tapi..tu la mungkin diorang masih kecik dan takut pada dunia yang luas..diorg mesti balik pada kaki kita juga..sebab takut nak pergi jauh-jauh..hehe

Ada satu pengalaman lia yang paling lia rasa berharga dan kelaka juga sebenarnya..masa 1st time lia lepaskan diorg berlari bebas di atas lantai..#lantai marmar# lepas tu si Tobby mula berenang-renang kat lantai tu #beza sebenarnya cara diorg berjalan dan berenang#..lia pun konpius dibuatnya #agaknya dia ingat tu air kot# lia pun ambil la dia yang berenang kekonpiusan tu..hehe..
Banyak pengalaman yang kita belajar sepanjang proses pembesaran diorg..sama juga seperti bayi..setiap hari kita melihat mereka membesar dan kita semakin memahami proses tumbesaran mereka..




Diet kura-kura..

Bagi baby kura-kura ni..anda leh dapatkan makanan yang jenis lembut seperti ini..ni makanan bagi baby kura-kura..teksturnya lebih lembut berbanding yang ini..senang cerita biasanya yang packaging kuning ni biasa bagi baby kura-kura..yang hijau bagi yang sudah besar dan mencapai umur 5 bulan ke atas..anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur..tapi kena pastikan jika masih kecil bagilah sayur berdaun yang lembut seperti sawi, salad,kobis daun lembut..bila dah besar sikit anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur lain seperti kangkung dll..selain itu boleh juga cari di pasar tulang sotong..itu juga baik untuk sumber protien dan kalsium utk kura-kura yang sedang membesar





Sifat kura-kura..

Biasanya kura-kura gemarkan tempat yang gelap dan kurang air..#untuk tidur la..apa lagi..hehe# jika anda beli kura-kura pastikan anda dapatkan bekas seperti ini..ada site untuk kering dan air..
Depend pada kura-kura sebenarnya..tidak semua kura-kura mempunyai sifat yang sama..macam lia suka tengok movie juga kadang-kadang..lepas tu mula la cik kura-kura ni sibuk nak tengok juga.. diorg suka sangat tengok kartoon..menonton sama-sama sampai tertido..hehe..
Hehe..apa-apa pun lia harap anda tepuk dada tanya hati…jika anda rasa anda suka membela kura-kura macam lia especially lepas lia membelogkan tentang mereka ni..anda boleh la mencari diorg di kedai-kedai haiwan berdekatan #sekarang agak susah nak cari kedai yang jual kura-kura lagi sebabkan menjual kura-kura perlukan lesen untuk menjual mereka# ok la blog dah penuh..jari dari haru biru..mata sudah letih..baby – baby lia pun dah terlena tengok lia memblog tentang diorg so lia pun dh tidurkan diorg dan lia pun sudah mau tidur daa~..ok semua jumpa lagi anda di post akan datang…




Selamat malam dan Assalamualaikum…=)