Friday, 3 August 2012

~inGAtaN bUaT mErekA yAng tErlupE~ (Part 1)

balik kampung....
   oh..oh...oh balik kampung...lalala~

ingat lg pd lagu ni??sudah tentu..lg2 bagi anak perantauan..lagu ni la yang sentiasa bermain di bibir msing2 xkiralah time raye ataupn tidak...

mcm mane pulak anak2 yang tinggal dibandar..packing barang2, ahli keluarga, bju raya utk bertemu atuk dan nenek di kampung.....tp....nanti dulu....adakah itu saje yang anda perlukan???

terlupekah anda ttg perkara yang lbh penting dr itu???bgaimana dgn nyawa anda dan keluarga??pjlanan anda??xpasti??mgkin btl ajal maut sume di tgn Allah SWT..tp sbgai manusia kita mampu lakukan sesuatu yang lebih baik utk ahli keluarga kita...

cukup suspen??hehe..teruskan membaca..sebenarnye untuk entry kali ni lia nk share skit ilmu2 yang lia dpt mse lia menyertai sebuah ceramah yang lia rase sgt bermanafaat dan mgkin bermanafaat juga jika lia sebarkan..

anda knl Capt K. Bala ni??



mgkn ad y kata knl atau mgkin yg kata x..
Capt K.Bala ni sbnrnye banyak membantu dalam misi menyelamatkan mangsa dlm mcm2 keadaan, kemalangan, kbkran, trjun bgunan juga yang melibatkan kematian..beliau dlm bidang ni sudah slama 19 thun..lama tuuu~

Sbnrnye mse lia prktikal dlu lia sempat join 1 ceramah yang dijalankan di tempat prktikal lia..dan salah satu slot ceramah itu adalah mengenai "Road Safety" yang diberikan oleh En Bala ini sendiri..story skit mengenai ceramah ni sbnrnye mengajar kita mcm mane nk slmatkan dri kita dan keluarga kita di jalan raya, kemalangan mahupun di tempat tinggal..

ok la tnpa blenggah lg mse meh kita tgk satu2 antara ape yang ditekankan dalam ceramah ini..

1) Rancang perjalanan anda..
sudah semestinya kita kne rancang perjalanan kita lagi2 bila musim perayaan ini..seelok2nye gunekan laluan alternative atau plan mse pjalanan anda utk mengelakkn kesesakan..basically periksa enjin,air..minyak hitam dan sebagainye..basic je kan..

2) Cara menyelamatkan diri sebelum kemalangan..


a) Checklist (yang perlu ada dalam kereta anda)

- Jek - ini sgt berguna utk anda basically utk jek kereta anda ketika tukar tayar..tp sbnrnye jek ni bnyk kegunaan..salah satunye bile ad kereta dalam kemalangan biasanye dashboard akan jatuh dan menimpa kaki mangsa..mse ni mula la kita berkerumun tengok tempat kejadian tp kita xtau mcm mane nk tlg..ok ni ad 1 cara anda dapat membantu amik jek y ada di kereta anda dan jek kan dashboard td supaya kaki mangsa dapat dikeluarkan dan kita leh mintak bntuan org yang ad disitu utk keluarkan mgsa..

- tuala tebal..tuala??utk ape bwk tuala??bnyk sbnrnye function tuala ni..1 utk mandi la of coz..selain dr itu tuala tebal ini juga boleh digunakan sebagai bantal, dan yang paling penting utk lap cecair yang mgkn anda perlukan ketika dalam perjalanan..


-tshirt..hah??tshirt pulak..ape pelik2 kn??nanti dlu sebelum anda membuat tanggapan meh lia cerita skit..sbnrnye baju ni bnyk juga kegunaan selain boleh dipakai utk gntikan bju y anda pkai..ia juga boleh dipotong @ diikat utk menghentikan luka..selain itu boleh juga utk melindungi muka dr trkena serpihan kaca klo mgkn dlm pjlanan cermin depan anda pecah..ok mcm ni caranya..msukkan kepala anda dalam baju..(mcm pkai bju 2) tp di tempat leher 2 anda letakkn di mata anda..ala2 penyamun 2..hehe..lengan tshirt diikat di belakang kepala anda..skrg muke anda tlindung..cume sedikit mata anda yang xterlindung..jd mcm mane??amik la cermin mata rayban anda dan pkai..dan boleh la anda teruskan perjalanan anda dgn selamatnye n crilah bengkel tdkt utk tkr cermin dpn anda tu..(P/S : PERINGATAN KERAS : jika anda pkai mcm 2 jgn wt muke suspicious plak klo polis peronda di tepi kereta anda..t xpasal2 je kne thn..sbb igt korg org dikehendaki ke..terangkan pd polis ttg cermin kereta anda..insyAllah pastu anda truskan dgn slmat pjlnan anda satu lg Capt Bala pesan jgn nk bli minyak kt station minyak pkai gini plak..hehe..kang xpasal kne tngkp..hehe)



-first aid- ni biasa la sume org tahu ape functionnye tp y mgkn kita tlupe btape pentingnye bnda ini utk kita bwa bersama..klo xdpt y besar y kecik pn boleh make sure anda ad plaster, ubat nyahkumah..dll..check juga trikh luput ubat2an y ada dalam box itu..



-Fire Extinguisher- the basic dan y pling penting..alat pemadam api..ok bukan y besar mcm di bgunan 2 ye??ni rupe fire extinguisher kereta..kecil dan kompak..tp cukup utk memadam kebakaran kereta..pastikan ianya didatangkan sekali dgn lock ini supaya die duduk static dlm kereta dan tidak tertanggal dan tergolek2 dlm kereta anda..dan hos nye pendek..dan mmg dibina sesuai dgn keadaan enjin anda..atau kereta anda..satu lg harus diingatkan...pastikan anda bli yang buatan Malaysia..yang mcm ni..



jangan bli y imported pmadam api..sbb ape??sbb dr segi safetynye..y buatan Malaysia ini mempunyai jaminan SIRIM..klo y international ni xda..jd siapa kata barang buatan Malaysia xbgus??hehe..satu lg mgkn y international itu dicipta sesuai dengan cuaca mereka disana..tp kita disini cuaca kita xsme dgn sana..jd ad kebrgkalian pmdm api itu boleh meletup dsbbkn pressure dlm tiub itu dgn cuaca..so beware ye??


ni rope yang imported fire extinguisher


-Blinker..mcm y atas ni..kt Malaysia pn dh ad jual skrg functionye bnda ni ialah utk sbgai blinker klo kete anda rosak ke tjatuh gaung ke..lampu blinker ni anda boleh buka dan ianye bthn slma 15 hari baterinye..klo xsilap sy kt Sunway Piramid ad jual blinker mcm ni tp warna merah if i'm not mistaken dan blinker ni dilengkapi dgn mata (berlian) utk pchkn cermin kereta anda @ org yang anda nk bntu slmatkan..cth situasi y perlukan anda pchkn cermin ialah bile kunci kereta xdpt dibuka selepas kmlgn..ok so pnting juga blinker ni..dan ianye juga dilengkapi dgn siren.(P/S : blinker ni ad magnet yang boleh anda lekatkan pd kereta anda)

-Glass breaker tool..


ni satu lg y rope mcm keychain ni ialah glass breaker..function nye sme mcm blinker td cume y ni anda boleh gntungkan pd kunci kereta anda..dan satu tmbahan..anda nmpak besi silver ditgh2nye??2 sbnrnye safety blade y boleh anda gunakan utk memotong tali pinggang kldar. mcm kita sume tahu..biasanye lps kmlgn..lock utk tali pinggang kldr ni ssh nk buka @ trus lock @ rosak..jd cara cpt anda boleh slmatkn diri anda ialah potong tali pinggang kldr anda..klo lock xleh buka..anda gunakan mata glass breaker kt depan 2..utk pchkn cermin kereta anda dan slmatkn nyawa anda...=) 

-Jump start juga penting utk ad dlm kereta anda..ok lia rase sume org tau ape functionnye jd tgk skit la rope jumpernye..
mcm ni ye???wajib kne ad dlm kereta anda...

-Next- basic tools (tools box) utk baiki kereta..

anda cume perlukan the basic tools je..xperlu tlalu complicated toolnye..cth mcm kt atas ni..=)


-Last but not least..baju hujan a.k.a puncho..hah pulak..ape kes ni??bju ujan..naik kereta kot..bukan atap bocor pn..hehe..mmg btl tp bnyk sbnrnye kgunaan bju ujan ni..satunye mmg utk elakkn bsh..bygkn kete anda rosak ketika ujan..atau mgkin enjin anda pns..mgkn bhaya utk stay dlm kete jd mse ni la anda perlukan bju ujan utk duduk di luar kereta ketika ujan..satu lg mungkin anda pengguna jalan y prihatin..ad kemalangan anda nk tlg bwk mangsa kemalangan ke hospital ke..so ni la gunanye bju ujan ni utk balut kerusi anda sbb biasa mgsa kemalangan akan berdarah..jd slmat kerusi anda..satu lg..mgkin anda leh gunekan ni utk tlg "payungkan" org yang mgkn sdg tlg selamatkan org lain di jalan..bnyk gunenye..ok stakat ni dpt ideanye??




To be continue....


Thursday, 2 August 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat (Mesti Baca!)



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 



TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.