Saturday, 29 June 2013

~kUra-kUrA hiJaU~

Assalamualaikum u’ols..

Hamboi sudah lama lia membuzykan diri dengan kerja-kerja yang tidak pasti..
Mesti anda terfikirkan apa la kerja lia buzykan sangat  itu..

Apa lagi tidur la..hehe..baru je baik dari demam yang panjang..adus.sakit sana..sakit sini..badan lengguh-lengguh..mulalah nak merungut bagai..hehe..tapi tahukan kita..sebenarnya sakit ini ujian Allah S.W.T pada kita..tandanya dia sayang pada kita..dia uji kesabaran kita..nak tengok kita “merampus” ke tak masa kita sakit..hehe..

Ok la gara-gara cik GPS dh bawa lia jalan-jalan Ipoh hari ini..lia dh semangat skit nak membelog..ye la dari saja duduk guling-guling tanpa arah tuju..lebih baik menghapdate blog yang dah lama ditinggalkan kusam ni..
Nak cerita pasal apa ni..aigoo..tadi “kemain” lagi semangat nak menghapdate blog..sekarang dah lost tajuk..haha..ok fine…

Pikir..pikir..sejam berlalu..2 jam berlalu…5 jam berlalu..ok fine dah ingat…
Nak hapdate pasal my baby girl and baby boy..lalala~

#lepas 2 semua nak buat tanggapan..bila masa pulak lia ni kawin..tiba-tiba nak story morry tentang anak pulak..hehe

Opppsss..nanti dulu jangan melatah ye cik jah-cik jah sekalian…lia nk story morry anak angkat kesayangan lia.. “Bobby Jr. ngn Tobby Jr.”

Ni la anak-anak angkat lia..



Hehe..ni dah masuk kali ketiga dah lia membela kura-kura ni..tah kenapa la minat sangat..dulu masa belajar lia dh bela juga sepasang..tp dah besar..jadi lia bagi pada kenalan lia untuk lepaskan Bobby ngn Tobby lia kt kolam dia sebab dah besar sangat lia pun tak dapat nak mengusung diorang macam dlu..hehe..dulu masa diorg kecik2 boleh la usung dari Ipoh-Terengganu (10 jam perjalanan)..bila dh besar..omak dah tak larat nak usung..hehe..

Lia beli kura-kura ni masa umur dia 3 hari..hehe..comei kan??bila tengok kura-kura ini lia rasa macam wah..bahagianya..biasanya cara lia nak pilih diorg yang mana yang nak dibela macam ni..

Cara 1 : letakkan tangan dekat dalam akuarium diorg..tengok sapa yang pergi kat tangan kita..klo seekor yang pergi..maknanya dia akan ok dalam jagaan kita..hehe #Persepsi sendiri# hehe..takda la..ikot citarasa masing-masing  macam mana nak pilih..tp lia senang nak buat macam tu sebab nak tengok sapa yang betul2 nak bersama kita..cewah..hehe

Cara 2 : lia tengok semua #scan seekor-seekor# hok mane se yang active hok tu la lia pilih..sebab apa??hah klo readers semua nak tau..kura-kura ni gemar sangat nak tidur..pantang gelap sikit dunia..mula la mata pun terpejam..hehe..

Cara 3 : Scan seekor-seekor yang mana yang  anda nampak cute dimata anda..maka terus je grab..tak payah pandang kiri kanan..hehe..

Jantina kura-kura..

Mesti anda terfikirkan macam mana nak tau jantina kura-kura jantan dan betina..macam ni..
1)      Jantan
2)      Betina
Jantan coraknya lebih kecil dan badannya lebih bulat,warna lebih hijau gelap manakala betina lebih besar dan bentuknya lebih bujur dan hijaunya lebih cerah..#kalau anda perasan biasanya macam tu la nak tengok orang mengandung anak lelaki @ perempuan..perut yang lebih bulat itu lelaki manakala yang bujur itu perempuan# wallahualam..



Satu ingatan lia..kalau anda nak bela binatang macam ini elok anda bela sepasang..sebab tak berapa elok biarkan haiwan ni tidak berteman..sekarang baru lia faham kenapa..sebabnya..kalau anda nak tau..walupun kura-kura yang betina lebih besar dari jantan..bila tidur..betina pasti akan tidur di atas cengkereng jantan sebab kura-kura sukakan tempat yang kurang air untuk tidur..tapi si jantan tak pula marah bila betina panjat atas dia..sama la kesnya kalau si betina nak panjat keluar bekas pun mesti cengkerang si jantan tu yang jadi mangsa..mungkin ni semua kebetulan..tapi sepanjang pengalaman lia 3x sudah membela anak-anak ni..itu la yang lia perhatikan..

Lia rasa kali ni lia bela anak-anak ni sangat bertuah..sebab lia dapat bela diorg dari umur yang sangat-sangat  muda..3 hari..biasanya masa kura-kura dalam usia ni..kulit diorang masih berselaput..macam baby baru lahir juga..lepas tu mula la tangan ni gatal nak tolong tarik selaput diorang tu..hehe..

Cara dan petua nak menjaga kura-kura..

Tidak susah pun nak jaga kura-kura ni..#mungkin tak sesusah menjaga haiwan lain# Cuma penekanan perlu diberikan kepada kebersihan bekas dan air sahaja..kura-kura jenis ni tak perlukan air yang banyak sebab diorang tak tinggal dalam air sangat pun..senang cerita dua alam..air yang minima sahaja yang diperlukan..tapi lia kadang-kadang letak juga air yang banyak bagi mengajar diorang berenang-renang..lagi-lagi lia letak diorang bersama ikan-ikan kesayangan lia di office lia..#lepas diorg sudah mencapai usia dua minggu# tu pun lia letak batu-batu bagi diorg boleh panjat untuk amik udara #pastikan akuarium anda ada bekalan oksigen untuk letak kura-kura#  sebab kura-kura ni tak boleh duduk bernafas lama-lama dalam air..


Lia selalu pastikan anak-anak lia dijaga dengan diberikan makan 2 kali sehari..pagi sekali..#sebelum pergi kerja bagi makan dulu# senang cerita macam ni..bangun tidur..bagi makan..pastu anda bersiap nak pergi kerja tu..boleh diorang bersantap dulu..lepas tu sebelum keluar dari rumah..cuci dan tukar air diorg #untuk pastikan air yang bersih dan tidak berbau# sebabnya makanan diorg ni berbau agak kuat..sebab tu kena kerap tukar air..

Lepas tu dah balik kerja sekali lagi bagi makan..hah ni part yang lia paling suka..mandikan diorg..macam haiwan-haiwan lain juga..kura-kura ni perlukan perhatian dan belaian..anda jangan tak tau..kura-kura pun suka dibelai..caranya sama macam kita belai kucing..gosok-gosok cengkerang dan bawah leher diorg..diorg pun tertidur..aigoo~..hehe..mungkin kedengaran agak janggal tapi ini la hakikatnya..pengalaman menjadikan kita lebih belajar lebih banyak perkara..
Mandikan diorg pun penting..dengan air paip yang slow..mandikan diorg  dibawah air…untuk mengelakkan diorg berlumut..cuci bersih badan, tangan dan kaki diorg..termasuk bekasnya skali..lepas dah mandikan..lia lebih senang untuk membiarkan diorg berlari-lari bebas..tapi..tu la mungkin diorang masih kecik dan takut pada dunia yang luas..diorg mesti balik pada kaki kita juga..sebab takut nak pergi jauh-jauh..hehe

Ada satu pengalaman lia yang paling lia rasa berharga dan kelaka juga sebenarnya..masa 1st time lia lepaskan diorg berlari bebas di atas lantai..#lantai marmar# lepas tu si Tobby mula berenang-renang kat lantai tu #beza sebenarnya cara diorg berjalan dan berenang#..lia pun konpius dibuatnya #agaknya dia ingat tu air kot# lia pun ambil la dia yang berenang kekonpiusan tu..hehe..
Banyak pengalaman yang kita belajar sepanjang proses pembesaran diorg..sama juga seperti bayi..setiap hari kita melihat mereka membesar dan kita semakin memahami proses tumbesaran mereka..




Diet kura-kura..

Bagi baby kura-kura ni..anda leh dapatkan makanan yang jenis lembut seperti ini..ni makanan bagi baby kura-kura..teksturnya lebih lembut berbanding yang ini..senang cerita biasanya yang packaging kuning ni biasa bagi baby kura-kura..yang hijau bagi yang sudah besar dan mencapai umur 5 bulan ke atas..anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur..tapi kena pastikan jika masih kecil bagilah sayur berdaun yang lembut seperti sawi, salad,kobis daun lembut..bila dah besar sikit anda boleh selang-selangkan dengan sayur-sayur lain seperti kangkung dll..selain itu boleh juga cari di pasar tulang sotong..itu juga baik untuk sumber protien dan kalsium utk kura-kura yang sedang membesar





Sifat kura-kura..

Biasanya kura-kura gemarkan tempat yang gelap dan kurang air..#untuk tidur la..apa lagi..hehe# jika anda beli kura-kura pastikan anda dapatkan bekas seperti ini..ada site untuk kering dan air..
Depend pada kura-kura sebenarnya..tidak semua kura-kura mempunyai sifat yang sama..macam lia suka tengok movie juga kadang-kadang..lepas tu mula la cik kura-kura ni sibuk nak tengok juga.. diorg suka sangat tengok kartoon..menonton sama-sama sampai tertido..hehe..
Hehe..apa-apa pun lia harap anda tepuk dada tanya hati…jika anda rasa anda suka membela kura-kura macam lia especially lepas lia membelogkan tentang mereka ni..anda boleh la mencari diorg di kedai-kedai haiwan berdekatan #sekarang agak susah nak cari kedai yang jual kura-kura lagi sebabkan menjual kura-kura perlukan lesen untuk menjual mereka# ok la blog dah penuh..jari dari haru biru..mata sudah letih..baby – baby lia pun dah terlena tengok lia memblog tentang diorg so lia pun dh tidurkan diorg dan lia pun sudah mau tidur daa~..ok semua jumpa lagi anda di post akan datang…




Selamat malam dan Assalamualaikum…=)





Friday, 28 June 2013

~tAsiK wEtLanD pUtraJaya~

Assalamualaikum reader...

hehe..seperti biasa la lama tak mengupdate blog yang ditinggal kusam ni..hehe

kesibukan belajar ni jarang ada masa untuk mengupdate cerita yang ada walaupun sebenarnya memang banyak yang nak diceritakan..

kali ni lia nk story morry pasal Tasik Wetland Putrajaya..walaupun Putrajaya ni dah lama bertakta di KL ni tapi percaya atau tak ni la 1st time lia g tasik ni..huu~ rase mcm jakun abis la bila sampai sana..hehe



minggu lepas En. Hubby balik lepas outstation, dia pun ajak la lia keluar makan..ok ape lagi jom la..hehe..sampai ke Putrajaya dibawaknya..kalau dari UPM mungkin tak jauh kot dalam 10 minit je kot perjalanan..so sampai putrajaya kami pun melantak la dulu..lapaq punya pasal...pastu start perjalanan pusing-pusing Putrajaya..bila lalu rumah-rumah kt sana..peggghhh..kagum sih..rumah kebanyakkan ala2 omputeh gitu..no gate..huhu~ mula la berangan mcm dok obersea..hehe..



sepanjang dalam kereta En Hubby pun cerita la rumah kat area KL ni tak murah juga..maybe 1/2 million wajib ada dalam tangan..kalau tak..tak payah la berangan nak beli rumah kt sni..gluupp..what??1/2 million..ok fine..kita kahwin nanti kita sewa rumah je la ye hubby...1/2 million...dah almost jutawan kot..padahal nak beli umah je kot..dahsyat2..

Duduk kat ipoh lagi cool...RM50 k dah boleh beli semi-D sebijik...bayangkan 1/2 million..bpe bijik rumah boleh beli kat ipoh..huu~setiap hari boleh main tukar2 rumah kalau kat ipoh..hehe..

pastu kebetulan ada pesta bunga kat putrajaya masa ni..tapi disebabkan kekangan masa..kami tak sempat pun nak join pesta bunga tu..

tapi En Hubby sempat bawak melawat kawasan pentadbiran kerajaan kat putrajaya tu..cool abis..pastu dalam kereta kami main teka-teka ni bangunan apa..huhu jakun la katakan..hehe

pastu tengah round-round putrajaya tu..nampak pulak ada orang terbaring kat tepi jalan..OMO~ xcident ke??cuak abis dah..P/S : konpius tak kenapa lia plak yang cuak??hehe takde la tengok ramai plak orang terbaring ingatkan teruk la xcdnt tu..rupanya..tipah tertipu tertipu tertipah..OMO~..orang buat pengambaran tamil daaa~..hehe..sempat la tengok satu scene mse tu..

last skali lia penah tengok org buat pengambaran pun msa cikgu bawak dlu kat belakang sekolah lia mse tu pengambaran untuk "Zombi Kampung Pisang" back to 2006 dulu..

dah penat main teka-teka..pusing-pusing..pastu kami pun berenti la dekat tasik..wah...deabak~..cantik sangat..tasik buatan manusia yang sangat besar...pastu En Hubby pun cakap..kat tasik ni ada kura-kura tau..ape??ulang sekali lagi..ada kura-kura...OMO~ tau2 je kan lia suka kura-kura..berbungga2 rasa hati mase tu nak tengok kura-kura..bila sampai kat tasik tu ada seekor kura-kura yang tak jauh dari kami..comei sangat..huhu~ tapi macam kesian dia duduk dalam tasik yang besar ni..penat kot dia berenang..tiba2 teringat kura-kura kat rumah..yang lia dok letak air skit pun dok terkapai2 dia berenang..ape tah lagi ni yang seluas-luasnya tasik..letih...ksian..sibuk kehulu kehilir cari makanan..





pastu baru lia dapat tau yang kita boleh bagi makan pada ikan-ikan dan kura-kura dalam tu..owh lupe lia nak bagitau dalam tasik ni pun ada ikan-ikan yang bersaiz giant..huhu~ macam ikan jelawat, toman semua size gedang-gedang besarnya..huhu~P/S : dilarang memancing disini..wlau mcm mane geram sekali pun anda pada ikan disana..hehe




lepas dah hampir 1/2 jam tengok ikan ngan kura-kura lia pun mula nak beransur balik..memandangkan En Hubby pun ada meeting malam tu..apa2 pun kejakunan utk pergi ke putrajaya telah pun dilupuskan sama sekali..hehe..tQ En Hubby bawak jalan2..nanti kita pergi lagi ye??hehe P/S : t kita tapaw roti banyak-banyak untuk ikan ngn kura-kura kat sana ye??hehe pasni nak try cruise skali la..macam best je..hikhik




ok la sampai sni saja post kali ni harap ada kesempatan lain untuk mengupdate blog dimasa akan datang..inshAllah..

Kamsahamnida~



Saturday, 1 June 2013

~LoVE~


APA ITU CINTA??



Cinta..satu perkara yang sangat rumit untuk difikirkan dengan logik akal manusia. Itulah uniknya cinta manusia tidak kira lah kepada yang Maha Pencipta, Rasulullah, ibu bapa mahupun sesama kita manusia.

Mungkin lia tidak punya pengalaman yang luas mengenai cinta, namun dari segi pemerhatian orang di sekeliling banyak memberikan pengajaran dan sedikit pengalaman dalam melayari bahtera cinta.
Kadang kala kita manusia takut untuk memberi  tetapi dalam pada masa yang sama kita harapkan dengan penerimaan yang tidak berbelah bahagi. Pernah kah kita begitu?

Lia bukan lah pakar untuk memberi pengertian cinta kepada anda semua, sebab lia percaya semua orang mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai cinta. Cinta sangat indah pada mulanya ada juga yang berakhir dengan jayanya namun ada juga yang tenggelam di tengah perjalanan.

Bila bercakap tentang soal jodoh kita sering memikirkan kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah sebelum kita dipertemukan dengan tulang rusuk kita yang hilang itu..jawapannya mudah, supaya kita belajar dari kesilapan dan bila kita dipertemukan nanti. Kadang kala kita berasa sangat menyesal atas perpisahan kita, tetapi mulai hari ini kita harus fikirkan sebaliknya dimana kita harus berterima kasih atas pengalaman yang banyak mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang.

Lia selalu memikirkan, sebenarnya bagaimana jodoh ini dijumpai atau mungkin lia patut katakan pasangan ini bertemu dan memulakan perkenalan pertama. Adakah ianya terjadi secara semula jadi atau mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti keluarga, rakan-rakan, persekitaran dan sebagainya. Mungkin pada orang yang tidak lagi menemui pasangan akan memikirkan perkara yang sama seperti lia.

Tahukah anda, bercinta boleh membuatkan kita terasa muda dan awet muda..hehe maksud lia disini adalah bila kita bercinta, kita akan sentiasa menguntumkan senyuman yang sangat sempurna dimana ianya dapat mengurangkan stress dan kedutan pada wajah. Selain itu juga otak memberi ransangan yang baik kepada system dalam badan kita untuk meransang hormone yang baik untuk kesihatan kita.

Kadang-kala dalam percintaan ada hari kita merasakan bahagia, ada hari kita merasakan kesakitan. Itu adalah perkara biasa yang kita akan sentiasa alami sepanjang dalam proses ini.


                                                                   vs.


                                                 yang mana satu pilihan anda?


MEMAHAMI DAN DIFAHAMI

Memahami dan difahami..tidak sukar untuk kita menafsirkan apa yang tersirat disebalik ayat ini. Belajar untuk memahami pasangan anda sebagai contoh jika anda seorang lelaki fahamilah wanita tidak memerlukan wang dan harta bagi membahagiakan nya tetapi dia mahukan PERHATIAN..ingat wahai jejaka diluar sana..kadang-kala anda menghantar 1 message kepadanya pun sudah memberikan kegembiraan di wajah si gadis sebagai contoh jika pagi-pagi anda antarkan pesanan “selamat pagi sayang, have a nice day” anda tahu tak betapa gembiranya hari gadis itu..hanya kerana 1 message..ianya mampu mengubah seharian hari anda.

Bagi wanita pula, lelaki perlukan ruang dan masa, lelaki paling bosan bila wanita yang kuat mengongkong dan kuat membebel especially kalau dia terlambat masa dating ke..hehe..give them some spare time..kadang-kadang ada masalah di tengah jalan ke..jem ke ape ke so think positive je..hehe satu lagi lelaki ni ada satu habit di mana kawan adalah yang terpenting bagi mereka, even kalau anda sudah berkahwin sekalipun dia perlukan masa bersama rakan-rakan untuk sembang di kedai mamak ke tengok bola bersama ke..mungkin mereka lebih menghargai keflexiblity anda itu..tak caye try la..hehe..

Ok la sampai sni je cinta part 1 lia..saje nak ngetest je sebenarnya..tp topic ni agak sukar nak dikupas sebab cinta ni sangat subjektif..hehe ok jmpe anda di post akan datang..





Assalamualaikum..