Assalamualaikum semua..
Sebelum lia lanjutkan post lia buat kali ini..lia mohon kepada semua pembaca yang disayangi untuk sedekahkan Al-Fatihah buat perwira-perwira kita yang telah gugur di Sabah.
Lia tahu dan lia akui kita semua setiasa menantikan update tentang pencerobohan di Lahad Datu. Buat diri lia sendiri memang tak senang duduk dibuatnya memikirkan nasib rakyat-rakyat kita disana. Tidak banyak yang dapat kita bantu mereka di sana kecuali hanya mampu berdoa dan memberi bantuan kewangan kepada mereka disana. Pada rakan-rakan yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Media Prima di no akaun 5142 7133 9000..mungkin sumbangan kita itu tidaklah banyak tetapi sentiasa ingat bahawa "tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima."
Bukan banyak atau sedikit sumbangan yang dihitung tapi keikhlasan kita yang dihitung. Memang isu pencerobohan ini banyak menarik minat lia sebabnya lia juga pernah menjadi sebahagian dari Sabah suatu ketika dahulu "Tanah Tumpahnya Darahku". Dulu masa lia duduk di sana, apa yang lia boleh cakap Sabah is all paradise. Kami pun selalu pergi ke Semporna bersama keluarga..tapi sekarang melihatkan kampung halaman diceroboh hati mana yang tak terguris kebetulan pula salah seorang kawan lia telah pergi ke medan perang pagi ini..memang hati sentiasa tidak berhenti-henti mendoakan keselamatan mereka.
Namun disebalik peristiwa ini, masih ada yang tergamak mempolitikkan isu ini. Kadang-kadang lia tidak faham dengan sikap orang kita, kenapa mesti mempolitikkan isu yang melibatkan sensitiviti dan maruah negara. Jangan begitu, biarlah kita bersikap satu hati dalam isu ini. Ramai sahabat-sahabat kita di sana yang bertarung nyawa demi kesejahteraan kita di sini..berlaku adillah kita terhadap mereka..jangan bersikap prejudis.
Apa-apa pun lia tak mampu rasanya nak mengorak lebih lanjut mengenai hal ini.Lebih baik kita nantikan sidang media yang sedang diadakan di TV.Hanya doa yang mampu lia panjatkan. Marilah sama-sama kita berdoa dan mengikuti solat hajat di masjid-masjid berdekatan di rumah anda. Semoga mereka semua selamat dan semoga yang gugur sentiasa ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaanNya..amin....
#"belajarlah mencintai apa yang kita ada..yang kita cari tak semestinya yang terbaik sepertimana yang kita harapkan"