Sunday, 26 August 2012

(Gambar) 17 Menu Mcdonald’s Yang Unik Serata Dunia


Tahukah anda setiap negara mempunyai menu Mcdonald’s yang berlainan dan unik.

menu makanan mcdonaldss sedunia

Jom tengok 17 gambar menu Mcdonald’s yang unik dari serata dunia… 

menu makanan macdonalds dunia
McRice Burger Singapore – roti ban digantikan dengan nasi..

menu makanan macdonalds dunia
Veg McMuffin India – Daging burger dia dibuat dari sayuran dan telur. Menyihatkan :)


menu makanan macdonalds dunia
McCurry Pan India – Roti bentuk bakul dan berisi kari ayam. Cam pelik je…


menu makanan macdonalds dunia
McKebab Israel – Macam biasa je resepi dia…


menu makanan macdonalds dunia
McMolletes Mexico – gabungan pico de gallo iaitu resepi salad orang Mexico bersama muffin dan keju.


menu makanan macdonalds dunia
McShrimp Switzerland – Udang goreng tepung. Buat kat umah pon boleh :)


menu makanan macdonalds dunia
Nacho Jr. Finland – burger yag dilengkapi dengan cip nacho dan sos salsa.


menu makanan macdonalds dunia
Patatas Deluxe Spain –  fries digantikan dengan potato wedges…


menu makanan macdonalds dunia
Pollo McCrispy Guatemala – Ayam Goreng Mcd???



menu makanan macdonalds dunia
Rye Vegetarian Feast Finland – Burger untuk vegetarian…


menu makanan macdonalds dunia
Shrimp Fireo Japan / McShrimp Burger – burger yang dilengkapi daging berger udang… Cambest!


menu makanan macdonalds dunia
Breakfast Flat Germany – Roti pita bersama keju dan daging sosej…


menu makanan macdonalds dunia
Empanadas Chile –  atau orang kita panggil karipap… keh keh keh…


menu makanan macdonalds dunia
Grilled Chicken Fold Over South Africa – kat Malaysia dah ada benda ni.. Sedap!


menu makanan macdonalds dunia
Happy Meal Bulgaria – Air mineral, salad dan nuget. Memang menyihatkan sungguh happy meal kat Bulgaria ni….


menu makanan macdonalds dunia
Frukostmackan med Kalkon With Turkey and Cream Cheese Sweden – Ringkas dan menyihatkan.


menu makanan macdonalds dunia
Magyaros Hungary – kepingan pepperoni dan keju swiss.

Thursday, 16 August 2012

~sELamAt hARi RayA aIDiLfiTri~

Assalamualaikum sume readers2 lia..

Dikesempatan ini lia nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba..
Mungkin ramai diantara kita sudah mula mengemas barang2 utk pulang beraya di kampung halaman..


Arini juga hari terakhir kerja bagi semua umat Islam..
pada yang xdapat berhari raya bersama keluarga di kampung..harap anda bersabar..terutama skali bila mendengar takbir raya..sayu sangat


sedangkan orang lain sibuk makan juadah raya yang enak2 di rumah..sedangkan kita jauh di perantauan...


Walaupun lia selalu berada jauh di perantauan stakat ini masih lom lg merasa untuk tidak berhari raya bersama keluarga..dulu masa belajar merasa la juga suasana balik kampung..naik bus berjam2..lg2 masa dok   Terengganu..hampir 10 jam juga perjalanan..tp tahun ni lia xmrase lg dh semua 2 sbb lia pn dh bekerja sekarang..

ok la banyak sangat dh lia pot pet2 ni..ok kepada pengguna jalan raya..sila berhati2 di jalan raya..igtlah ahli keluarga dan orang tersayang anda yang menantikan kepulangan anda..tidak perlu rush pun nak balik sbb insyAllah rumah @ kampung anda 2 tidak akan berganjak walaupn seinci..hehe...

ok la sume..lia nk mohon maaf andai slama ni ad tersalah kata..tersilap tutur bahasa..apa saja di blog ini mahupun diluar..lia menyusun 10 jari memohon ampun..dihalalkan makan minum..dan maaf zahir juga batin..

SELAMAT HARI RAYA..



Fakta Tentang Mimpi !



Anda akan lupa 90% dari apa yang korang mimpi
dalam masa 5 minit selepas bangun dari tidur anda akan terlupa 50% dari mimpi yang anda alami . dan selepas 10 minit berlalu anda akan terus terlupa 90% dari jalan cerita mimpi anda . kan ?


Mimpi orang buta
 orang yang dilahirkan buta tidak melihat apa yang ada disekelilingnya , tetapi mereka bermimpi tentang bau , bunyi , sentuhan dan emosi yang mereka rasakan . adalah sukar bagi orang yang mampu melihat untuk membayangkan , tetapi keperluan badan untuk tidur begitu kuat bahawa ia mampu untuk mengendalikan hampir semua keadaan fizikal untuk menjadikannya satu kenyataan .

Setiap orang bermimpi
setiap manusia akan bermimpi . tetapi anatara lelaki dan perempuan mereka akan mendapat mimpi yang berbeza dan berbeza juga reaksi fizikalnya . lelaki lebih cenderung untuk mimpi antara lelaki yang lain manakala perempuan lebih cenderung mimpi sama ada lelaki dan perempuan . 

Mimpi dapat mengelakkan anda dari gangguan emosi
dalam kajian untuk tidur , pelajar akan dikejutkan pada awal mimpi masing masing . namun mereka masih dibenarkan tidur selama 8 jam semula . maknanya bila setiap kali mereka bermimpi mereka akan dikejutkan . tetapi mereka semua tetap akan dibenarkan tidur selama 8 jam . kesemua pelajar mengalami kesulitan , kepenatan , mudah marah dan tanda tanda psikosis selepas hanya 3 hari selepas kajian .

Kita hanya akan bermimpi setiap apa yang hanya kita tahu
kebiasaannya kita akan bermimpi seseorang yang kita tak pernah kenal wajahnya . tapi adakah anda tahu fikiran anda tidak mencipta wajah wajah tersebut . mereka sebenarnyawajah nyata dari orang yang memang wujud di muka bumi ini . mereka adalah seseorang yang anda terlihat atau terjumpa dimana mana walau untuk sesaat dalam hidup anda .

Tidak semua orang mimpinya berwarna
menurut penelitian 12% orang normal bermimpi hitam putih . ada yang menyatakan bahawa warna mimpi ini berperanan dalam situasi mimpi seseorang . sebagai contoh pelbagai warna bunga bunga yang cantik di dalam taman yang dapat menenangkan seseorang didalam mimpi . mimpi dikejar anjing , orang jahat , hantu kebanyakkannya berwarna hitam putih .

Berhenti merokok akan mendapat mimpi yang jelas
perokok tegar yang sudah berhenti merokok dilaporkan mengalami banyak mimpi yang lebih jelas daripada biasa . menurut Journal of Abnormal Psychology diantara 293 perokok dipaksa berhenti merokok selama 1 hingga ke 4 minggu . 33% daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang kurangnya 1 mimpi tentang merokok . didalam mimpi tersebut , kebanyakkan mereka sendiri merokok dan merasa emosi negatif seperti panik dan berasa bersalah . mimpi tentang merokok adalah hasil rikan daripada keperluan badan tentang nikotin .

Ransangan dari luar mempengaruhi mimpi kita
perkara ini disebut sebagai "Dream Incorporation" dan yang sering terjadi kepada kita . kita akan terdengar beberapa suara didalam mimpi kita yang dimana suara tersebut kita kenali . sebagai contoh , didalam mimpi anda kehausan dan anda meneguk sebotol air dan kemudian anda masih berasa haus dan anda meneguk air dan masih berasa haus dan terus berulang dan bila anda tersedar dari mimpi anda akan terasa sangat haus sekali . ataupun anda bermimpi membuang air kecil sedangkan sedang tidur . bangun dari tidur terasa tilam anda seperti sungai hehe
Ketika bermimpi tubuh kita akan lumpuh
hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tak bergerak gerak mengikut gerakan dalam mimpi anda . cuba anda bayangkan kalau anda mimpi kena kejar anjing , kalau kaki anda tak lumpuh time tu mesti korang dah lari sampai telanggar semua benda kan . kelenjar mengeluarkan hormon yang membantu menggalakkan tidur dan neuron menghantar isyarat ke sumsum tulang belakang yang menyebabkan tubuh untuk berehat dan kemudian menjadi lumpuh . 

Wednesday, 15 August 2012

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandai Masak!


Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya.

Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan. Saat itu, seluruh anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa.


Said menunjukkan bakat memasaknya yang didapatkan lewat pelatihan memasak di hotel. Dirinya pun terlihat dapat mengalahkan isterinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti dilansir RIA.
Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua putranya meminta ayahnya terus memasak untuk keluarga. Anak-anaknya pun menyatakan lebih menyukai masakan yang dimasak ayahnya daripada ibunya.

Meski demikian, pengadilan di Mesir terpaksa menunda proses pengadilan kedua pasangan suami isteri tersebut sampai akhir bulan Ramadan. Pengadilan berharap Nahal akan mempertimbangkan pilihannya, kerana tanpa perceraian keharmonian di keluarga Said akan tercipta.

P/s : xphm dgn org zaman skrg..ni pn nk jd isu..igt kwin ni main2 ka??adoiii...hehe

10 Misteri Yang Gagal Diselsaikan FBI!


Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural. Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.

Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :

1. Rumah Hantu The Amityville
Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya penulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.

Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.

Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.

Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?

2. Misteri Kematian Mary Reeser
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.

Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.

FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.

“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.

Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.

Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.

3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).

Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.

Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil’s Footprint.**

4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.

Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.

Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.

Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.

Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.

Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.

Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.

Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954.

Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.

Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.

Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden. ***

5. Misteri Wanita Penyebar Gas
 The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.

Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.

Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.

Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.

Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.

Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.

Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.

Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.

Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.

Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.**

6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.

Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.

Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.

Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”.

Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.

Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.***

7. The Clapham Wood Mystery
The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.

Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.

Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.

Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang biasanya rendah radiasi.

Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon besar di sana.

Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan
Pertama Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.

Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.

Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. 

Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat dijelaskan.

8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.

Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.

Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.
Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.

Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.

Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.

Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh.

Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.

Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.

Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.

Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak teruk.

Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.

Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.**

9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.

Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” 

Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.

Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.

Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.

Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.

Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.

Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.**

10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yangdigambarkan memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.

Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.
Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.

Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.
Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.
David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.

Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.

Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.

Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inci panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatan lebih lanjut.

Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip kadal itu.

MM : Mainan SYAITAN semata-mata bertujuan untuk menyesatkan manusia. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui segala rahsia yang terjadi di muka bumi ini sama ada sebesar-besar alam cakerawala mahupun sekecil-kecil zarah.